Nenek Berusia 71 Tahun Ini Tamatkan Half Marathon Dengan Rekod 1:37:07

Berrapa umur anda sekarang? Pernahkah anda berlari dalam acara marathon? Jika ya, tahniah.

Ini kisah seorang nenek berusia 71 tahun bernama Jeannie Rice yang mencipta rekod baru dalam acara half marathon bagi pelari atas usia 70 tahun.

Jeannie menamatkan Akron Half Marathon dengan catatan 1:37:07 pada 10 Ogos lalu. Ia merupaka rekod baru untuk pelari seusia beliau.

Namun rekod itu masih menunggu pengesahan rasmi. Jika ia disahkan kelak, Jeannie Rice akan mengatasi rekod oleh Lavinia Petrie dari Australia, 1:37:38 yang dilakukan pada 2014.

Rice menyatakan beliau sangat positif dalam larian kali ini dan merasakan dirinya berada dalam landasan yang tepat untuk memecahkan rekod. Beliau melihat jamnya menunjukkan beliau berlari sekitar 7 minit untuk 11-12 batu pertama.

Rice meningkatkan lagi kelajuan lariannya dan mencipta 7:25 untuk jarak 13 batu.

Sebelum ini Rice mencipta rekod dalam acara Marathon di Chicago pada Oktober 2018 dengan catatan 3:27:50.

Sasaran beliau yang seterusnya adalah Marathon Berlin. Dan Rice mahu memecahkan rekod sekali lagi.

Ianya memerluak Jeannie Rice berusaha keras dan menyertai beberapa acara marathon untuk memecahkan rekod tersebut. Banyak daripadanya gagal. Namun beliau tidak berputus asa.

Sepanjang kariernya, Rice telah banyak menjelajah ke seluruh dunia untuk marathon, termasuk Jepun, Thailand dan juga pernah berlari di Boston Marathon.

Dari budak gemuk kepada atlet marathon

Rice mulai aktif dalam sukan larian ini ketika usia muda. Beliau berhadapan dengan isu berat badan ketika melawat saudara mara mereka di Korea Selatan pada 1983. Jeannie Rice dilahirkan di Amerika Syarikat.

Melihat peningkatan berat badannya, Rice mulai berlari untuk mengurangkannya.

Dari situ, beliau mulai jatuh cinta kepada sukan tersebut dan membina persabahatan dengan ramai pelari yang lain.

Beliau menyertai beberapa acara larian yang biasa di sekitar tempatnya.

Sepanjang kariernya, Jeannie Rice sudah berlari lebih daripada 1,000 acara marathon (pelbagai kategori).

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.