Samir Nasri telah membuat kenyataan panas dengan mengutuk jurulatih kebangsaan Perancis.
Nasri mungkin sudah habis fikir bahawa beliau memang dah tak ada peluang lagi nak bermain dengan pasukan kebangsaan.
Nasri dalam satu live instagram telah mengutuk Didier Deschamps dan menuduh jurulatih itu bersikap kronisme.
Malah Nasri turut menuduh Deschamps membuatkan pasukan Perancis kurang dihormati walaupun menang Piala Dunia.
Ini kerana Perancis ketika itu bermain dengan teruk dan gaya permainan bertahan yang tidak menyeronokkan untuk ditonton.
Nasri percaya, berdasarkan gaya permainan, Perancis pastinya bukan pasukan yang layak menang Piala Dunia 2018. Nasri menganggap kemenangan itu tidak cantik dengan gaya permainan defensif.
Nasri kini bermain untuk Andelecht. Beliau menjawab persoalan tentang pasukan Perancis selepas ditanya oleh wartawan Bertrand Latour.
Nasri juga menyelar Deschamps sebagai pilih kasih dan tidak memberikan peluang yang adil kepada beberapa pemain seperti Karim Benzema dan beliau sendiri serta Ben Arfa sebelum ini.
“Saya gembira, pada 2018 Perancis menang Piala Dunia. Dan saya masih lagi gembira sehingga hari ini.”
“Namun sebenarnya, Dechampas boleh membuat 2 atau 3 pasukan Perancis yang sangat baik berdasarkan kualiti ramai pemain yang ada.”
Nasri kemudian memberikan cadangan yang beliau anggap paling bernas dalam usaha membantu Perancis menjadi pasukan yang bermain cantik dan disegani setiap dimensi.
Beliau mencadangan Perancis melantik Pep Guardiola. Jurulatih yang pernah memberitahu beliau bahawa dia harus mencari pasukan lain kerana City tidak mampu menjamin minit perlawanan.
“Cuba letak Guardiola di dalam pasukan kebangsaan Perancis. Baru korang tengok bagaimana Perancis bermain. Kita akan menikmatinya,” luah Nasri dengan nada yakin pengendali itu akan mengubah landskap bola sepak Perancis.
“Saya ada rakan yang bermain dan terpilih, itu bagus sekali, mereka berhak, bermain di Piala Dunia.”
Nasri kemudian mempersoalkan kenapa Deschamps tidak memilih beberapa pemain dari generasi beliau yang masih bermain di peringkat tertinggi. Misalnya Karim Benzema.
“Saya tak faham kenapa Benzema gagal terpilih mewakili Perancis di Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.”
Mise au point de @SamNasri19 sur son avenir @rscanderlecht . L’intégralité du live à retrouver sur mon instagram bertrandlatour. Il est très bon ! pic.twitter.com/hR7Xn9pqbw
— Bertrand Latour (@LatourBertrand) April 20, 2020
“Tak! Saya langsung tak faham juga kenapa saya gagal terpilih mewakili Perancis untuk Piala Dunia 2014. Beritahu saya, siapa pemain yang gembira bila mereka disisihkan?”
“Saya juga tak faham kenapa Hatem Ben Arfa turut gagal ke Euro 2016 selepas aksi cemerlang beliau bersama Nice.”
“Di dalam pasukan Perancis terlalu banyak kronisme.”
“Bagi 200 juta pemain sekalipun untuk pemilihan pun tak guna. Lihat sahajalah nama-nama yang selalu dipilih walaupun mereka tidak main bagus pun di peringkat kelab.”
Nasri on why he's been snubbed by Deschamps in France team selection:
"Players not good enough still make the team.
"It depends on who the coach is. There's alot of favoritism. The criteria has changed. Before, you had to be good at the club. Today, this is no longer the case." pic.twitter.com/pPfocFnMAw
— Ayodeji Ayodeji (@AyodejiX2) April 21, 2020
Nasri kemudian menganggap di Perancis pada hari ini, tidak ada gunanya pun seseorang pemain itu beraksi cemerlang di kelab mereka sepanjang musim jika kabel tak kuat.
Malah beliau juga menganggap jurulatih Perancis tunduk dengan media bersar di Perancis yang suka menilai sendiri pemain dan mengutuk pemain yang mereka tak suka.
“Ianya bergantung kepada jurulatih. Ada jurulatih yang ikut telunjuk media seperti L’Equipe. Memang banyak kronisme di dalam pasukan Perancis.”
“Kriteria pemilihan sudah berubah. Sebelum ini, kamu kena bermain cemerlang di kelab kamu untuk mewakili pasukan kebangsaan. Namun hari ini, ia sudah berubah.”