Nasib Barcelona di pertandingan UEFA Champions League terus dirundung malang. Malah kaedah penyingkiran mereka dari pertandingan elit Eropah itu sejak dua musim yang lalu ibarat sebuah tragedi.
Pada musim lalu, Messi dan Barcelona dikejutkan oleh Liverpool di Anfield yang menewaskan mereka 4-0 dalam perlawanan timbal balik – walaupun merekodkan kemenangan 3-0 di perlawanan pertama seminggu sebelum itu.
Di bawah pimpinan Messi, Barcelona kali ini diaibkan 8-2 oleh Bayern Munich – kekalahan terbesar di suku akhir sejak Manchester United menewaskan Roma 7-1 pada 2007.
Lionel Messi HT Stats vs Bayern Munich:
• 29 touches
• 1 shot on target
• 88.2% passing accuracy
• 8 possession lost
• 2/3 successful dribbling attempts pic.twitter.com/moT0ydUuZQ— Yusif👨🏽💻 (@yusif_stats) August 14, 2020
Tiada perlawanan timbal balik untuk sebarang ruang Barcelona mencipta kebangkitan di pertandingan tersebut pada musim ini, setelah komiti pertandingan menetapkan sainga suku akhir sehingga ke final akan diadakan di stadium berkecuali.
Musim 2018/19 adalah musim pertama Messi bergelar kapten Barcelona untuk menggantikan Andres Iniesta.
“Kami berjanji bahwa musim ini kami akan melakukan semua yang kami mampu untuk membawa trofi indah itu (Champions League) kembali ke Camp Nou,” demikian ucapan Messi kepada penyokong di Nou Camp sebelum menamatkan musim.
It is now 8-2 to Bayern Munich. Against Barcelona. In the Champions League quarterfinal. 8-2.
Lionel Messi and the Barcelona players look utterly shocked. Barca have totally given up. Totally. #UCL pic.twitter.com/76JoSVwXoz
— Joe Prince-Wright (@JPW_NBCSports) August 14, 2020
Malangnya hajat itu tidak kesampaian apabila Barcelona disingkirkan secara tragis oleh Liverpool.
Bekas pemain Real Madrid yang juga merupakan seorang pundit pada hari ini, Steve McMananam tidak berselindung dalam mengkritik prestasi Messi selaku kapten dalam perlawanan pagi tadi.
McManaman menyifatkan Messi telah menyerah kalah dengan begitu awal dan menghampakan pasukan serta penyokong.
Liga de Campeones
La reacción de Lionel Messi por la goleada del Bayern Munich https://t.co/lmf1DaBHnm pic.twitter.com/fQjA8SKY0P— Cadena 3 Argentina (@Cadena3Com) August 15, 2020
“Beliau seperti seorang ahli silap mata, dan sukar dipersoalkan sebagai salah seorang pemain terbaik dunia.” kata McManaman kepada BT Sport.
“Tetapi beliau perlu bekerja keras, apatah lagi dalam perlawanan di mana mereka betul-betul dihentam.
“Sayang sekali beliau seperti sudah menyerah kalah. Lihat sahaja bagaimana Alaba mudah berlari meninggalkan dia. Beliau tidak mahu berlari walaupun ketinggalan hanya 5 meter.”