Bekas pemain sayap Man Utd, Nani telah mendedahkan apa yang beliau katakan kepada Bruno Fernandes sebelum pemain itu menyertai Red Devils pada Januari lalu.
Menurut Nani, beliau telah menghubungi Bruno Fernandes dan meminta supaya memilih untuk ke EPL serta menyertai Man Utd dan menolak tawaran Man City.
Nani menyatakan bahawa Man Utd adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan Man City.
Bruno Fernandes pilih Man United
Bruno Fernandes menyertai Man Utd pada hujung Januari lalu, selepas dikaitkan dengan pasukan itu sejak beberapa jendela perpindahan.
Pengendali Man United, Ole Gunnar Solskjaer sangat perlukan Bruno Fernandes dalam memperkuatkan bahagian tengah pasukannya.
Selain Man Utd, banyak lagi pasukan besar termasuk Man City dan Spurs juga di antara yang mahukan pemain itu.
Sejak menyertai Man Utd dari Sporting, Bruno Fernandes memberikan impak besar di dalam pasukan baharunya.
Beliau sudah menjaringkan 2 gol dan mencipta 3 asssist dalam Liga Perdana Inggeris untuk pasukan baharunya. Serta menjaringkan 1 lagi gol dalam aksi Liga Europa.
Nani berkata: “Sebaik saja aku nampa news, dan kemungkinan dia mungkin akan ke City, aku terus cakap kat dia, dei jangan pilih City, jangan pilih team lain. Kau piliha Man Utd saja.”
“Selepas beberapa bulan dia pun berpindah ke Man Utd. Ya Tuhan, aku sangat gembira kerana nasihat yang pernah ku berikan sama dengan pilihan terakhirnya.”
“Ianya momen yang indah, saya menyaksikan dia bermain di sana, menjadi pemain terbaik buat masa ini, menjaringkan gol dan sangat bagus untuk menikmati detik seperti itu.”
Nani dah lama tahu
Nani yang pernah kembali ke Sporting Lisbon pada 2014/15 dan kembali lagi pada 2018/19, menyatakan Fernandes seorang pemain yang sangat berbakat.
Oleh itu beliau memang sudah menjangkakan Bruno Fernandes akan bermain di liga lebih besar daripada Liga Portugal.
“Ketika aku bermain bersamanya, saya nampak dia pemain yang sarat dengan kualiti dan potensi pada ketika itu.”
“Ada sekali itu, ketika kami sedang menyembang, aku suruh dia training kuat sikit kerana aku tahu dia selepas ini akan bersaing di liga terbaik di dunia. Kalau tak ke EPL, ke La Liga.”
“Namun pada masa itu, aku nasihatkan dia untuk pergi ke England kerana itu pilihan terbaik.”
“Sebabnya, dengan keupayaan yang dia ada, mampu menjaringkan gol gol cantik, orang di England pasti akan menyukainya.”
“Dia sukar menjaringkan gol dengan rembatan dari jauh dan membuatkan penyokong gila.”
Bruno Fernandes cemerlang membantu Manchester United menewaskan Manchester City dalam aksi EPL baru baru ini.
Beliau mencipta satu assist cantik kepada Anthony Martial dalam kemenangan bermaruah 2-0 Man Utd ke atas Manchester City.
Sumber artikel: axello.net