Nani: Chelsea Pun Aku Tolak Inikan Pula Pasukan Meriam

Nani meneruskan rutin PKP beliau dengan  membongkar sejarah lama beliau menolak untuk bermain bersama dengan Arsenal.

Bekas pemain Man United itu menyatakan, sebaik sahaja beliau menerima tawaran daripada Man United, benda pertama yang beliau tolak adalah Asenal.

Bukan sahaja Arsenal, malah Nani yang wajahnya persis Michael Jackson waktu kurus itu turut menolak tawaran Chelsea, Real Madrid dan Bayern Munich. Apalah sangat Arsenal di mata beliau.

Nani akhirnya menyarung jersi Setan Merah pada musim panas 2007. United membayar seorang lagi pemain sayap Portugal selepas Cristiano Ronaldo.

Man United setuju membeli Nani dengan nilai £22 juta dari kelab Portugis Sporting Lisbon.

Sejak tiba di Manchester United, Nani telah menjadi pemain yang lebih baik walaupun tempat dalam kesebelasan utama ketika itu sangat sukar untuk dipecahkan kerana kualiti skuad pasukan teragung dalam peradaban Inggeris itu yang sarat dengan bintang.

Nani berjaya muncul dalam 230 penampilan untuk Manchester United. Di dalam tempoh tersebut, Nani telah berjaya menjaringkan 40 gol dan juga cemerlang dengan rekod 73 assist.

Bersama dengan pasukan Man United, Nani memenangi empat gelaran Liga Perdana, dua Piala Liga serta juga Liga Juara-Juara Eropah, yang sampai sekarang tak mampu dimenangi Arsenal.

Nani berkata: “Pada satu hari ejen saya meminta saya untuk membuat keputusan tentang pasukan yang saya nak sertai. Ada tawaran daripada Chelsea, Arsenal, Juventus dan Inter di Itali. Selain daripada Bayern Munich dan Real Madrid.”

“Saya tak pasti akan perkara itu. Namun itulah yang dilaporkan di akhbar tentang saya ketika itu.”

Nani kemudian menjelakan beliau teruja ke Man United kerana kisahnya mirip kepada kisah Cristiano Ronaldo. Dan pada masa yang sama adanya Carlos Queiroz yang membantu beliau untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di England.

“Tetapi saya mendengar Man United pun mahukan saya. Maka saya memilih ke sana. Di sana sudah ada Cristiano Ronaldo yang kisahnya hampir serupa. Dia pemain Portugis dari Sporting dan ditandatangani oleh Sir Alex Ferguson.”

“Selain daripada itu, Carlos Queiroz juga ada di sana, dia juga orang Portugis, jadi ia dapat membantu sedikit dan saya sangat teruja.”

Sejak bermain di Man United, Nani mendapat status sebagai cult hero. Dan tidak terlibat dalam beberapa kejadian kelakar termasuk dibelasah 8-2.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.