Nama penandatanganan baru Liverpool, Diogo Jota telah tercatat dalam lipatan sejarah kelab selepas beliau berjaya menjaringkan gol istimewa untuk the reds dalam perlawanan menentang FC Midtjylland awal pagi tadi.
Gol jaringan Diogo Jota merupakan gol ke 10,000 dalam sejarah 128 tahun Liverpool dari semua pertandingan selepas Jock Smith menjadi penjaring pertama the reds pada tahun 1892.
Namanya sudah pasti tercatat dalam buku sejarah kelab kerana berjaya menjaringkan gol yang begitu istimewa itu.
The π,0β£0β£0β£ th goal in Reds history, netted by @DiogoJota18 πβ½οΈ pic.twitter.com/9YZFFgzZgN
β Liverpool FC (@LFC) October 27, 2020
Berikut merupakan senarai penjaring gol-gol istimewa Liverpool dari penjaring pertama, 1000, hinggalah ke 10,000.
1 β Jock Smith
1,000 β Bobby Robinson
2,000 β Harry Chambers
3,000 β Jack Balmer
4,000 β Jimmy Melia
5,000 β Ian St John
6,000 β Terry McDermott
7,000 β John Aldridge
8,000 β Michael Owen
9,000 β Sotirios Kyrgiakos
10,000 β Diogo Jota
Diogo Jota telah diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool menentang FC Midtjylland untuk perlawanan kedua kumpulan D saingan liga Juara-juara.
3 goals already.
Diogo Jota is going to be world class under Jurgen Klopp.
That is the tweet. pic.twitter.com/i0RunYvUda
β Laurie (@LFCLaurie) October 27, 2020
Liverpool telah merehatkan trio handalan mereka, Roberto Firmino, Mo Salah dan Sadio Mane dan ketiga-tiga mereka hanya dibawa masuk pada babak kedua permainan.
Jota membuka tirai jaringan untuk Liverpool pada minit ke-54 permainan selepas menerima hantaran silang yang cukup kemas dari Trent Alexander Arnold.
Gol tersebut merupakan gol ketiga dari Jota sejak menandatangani perjanjian bersama Liverpool pada jendela perpindahan musim panas yang lalu.
Jota ketika dalam sesi temu bual selepas tamat perlawanan telah menyatakan:
π¨ Diogo Jota has just scored Liverpoolβs ππ,πππππ‘ goal in the clubβs history. pic.twitter.com/qfLlXueP2c
β Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 27, 2020
βSemua orang harus bersedia dan ketika mereka ada peluang, mereka harus memanfaatkannya. Saya cuba yang terbaik.β
βSelepas mencuri tiga mata di tempat lawan kita harus kekal untuk mengumpul mata dan kami berjaya mendapatkan tiga mata di sini dan kamj bersedia untuk perlawanan seterusnya.β
Ketika di tanya perasaanya selepas menjaringkan gol ke-10,000 untuk kelab, Jota menyatakan:
β Ianya satu permulaan, jelasnya saya gembira menjaringkan gol dan membantu pasukan untuk menang, dan sudah tentu masuk dalam sejarah selalu menjadi perkara yang baik, tetapi saya lebih gembira dengan kemenangan kami pada hari ini.β
Diogo Jota the scorer of goal No 10,000 for #LFC https://t.co/SF2JNEySjo
β James Pearce (@JamesPearceLFC) October 27, 2020
Liverpool berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0 selepas Mo Salah berjaya menambah gol untuk the reds pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti.
Liverpool kini berada di kedudukan pertama dalam kumpulan D, dua mata mengatasi pencabar terdekat mereka Atalanta yang seri 2-2 dengan Ajax awal pagi tadi.