Datuk Seri Najib Razak memang dikenali sebagai penyokong tegar Manchester United.
Dengan prestasi yang tak menentu pasukan kesayangan beliau, ia memberikan kesan kepada Datuk Seri Najib Razak.
Manchester United kini berada di kedudukan kesepuluh dalam carta EPL. Baru sahaja menang dalam aksi UEL menentang Partizan tempoh hari.
Namun mereka dikejutkan pasukan Bournemouth dalam aksi EPL terakhir sebelum ini. Selain daripada Bournemouth, Manchester United juga dikejutkan oleh pasukan seperti Newcastle dan juga Crystal Palace.
Manchester United kini memulakan musim dengan teruk. Hanya memungut 13 mata daripada 11 perlawanan. Membuatkan pengurusan Man United, Ole Gunnar Solskjaer mulai mendapat tekanan.
Manchester United in the Premier League this season:
📆Matches Played- 11
✅Won – 3
🤝Drawn – 4
❌Lost – 4United’s worst start to a season in 33 years. pic.twitter.com/EL0R4xxTyn
— PurelyFootball UK (@PurelyFootball) November 3, 2019
Namun semangat kecintaan penyokong Manchester United terhadap pasukan legenda itu tak pernah luntur.
Mereka sentiasa berharap pasukan United akan bangkit dalam masa terdekat ini. Bahkan Ole Gunnar Solskjaer sudah berjanji Man United tak akan menunggu sehingga 30 tahun untuk kejuaraan EPL yang baharu.
Dalam entri terbaru Najib Razak di Facebook beliau, Najib bergambar dengan seorang penyokong Man United seperti beliau.
Wajah mereka berdua penuh keceriaan dan senyum lebar. Maklumlah bukan selalu keluar gua, menurut Najib.
Namun di sebaliknya, hanya mereka yang tahu rasa sedih dan hiba.
Man United yang baru keluar gua (kembali menang) akan kembali beraksi dalam EPL minggu ini berhadapan dengan Brighton dalam misi memperbaiki kedudukan liga.
Najib Razak tertanya-tanya bilakah agaknya Man United akan naik lagi ke era kegemilangan mereka.
Najib berkata: “Kami muka ada senyum.”
“Tapi dalam hati?
“Bilalah kita dapat naik semula?”
“Harap menang lah esok.”
“Kalau tak, masuk gua lagi.”
Adakah Man United akan dapat menamatkan saingan di kedudukan 4 teratas seperti yang dijanjikan Rashford sebelum ini? Tiada apa yang mustahil kerana Ole sendiri berkata mereka sekarang dalam landasan terbaik untuk bermain dalam gaya United sebenar.
Ayuh GGMU.