Najib Jeles Tengok Liverpool, Tak Pasti Kena Masuk Gua Ke Tak

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kecemburuan beliau melihat kedudukan Liverpool sekarang.

Liverpool kini berada di puncak liga dan dalam prestasi terbaik mereka. Liverpool sudah 38 perlawanan tak kalah dalam perlawanan liga.

Selain itu The Reds juga masih belum kalah musim ini. Hanya sekali Liverpool keciciran mata. Itupun ketika seri di Old Trafford pada Oktober lalu, menentang Manchester United.

Jadi, tidak hairanlah, penyokong nombor satu Manchester United di Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Razak menzahirkan rasa cemburu beliau.

Dalam satu status di media sosial pada malam hari Ahad itu, suami kepada Datin Seri Rosmah Mansor itu berkata: Jeles tengok Liverpool kat atas.

“Tak tahulah saya.

Malam ini kita keluar gua ke masuk balik.

Korang rasa sape menang?

Kita dapat satu mata pun kira bersyukur dah kan.

😕”

 

Pengguna Facebook bernama Biswardi menyatakan selagi ada nama Glazer, Woodward dan Matt Judge, maka selagi itulah Man United akan suram.

Lihatlah keadaan United sekarang.

Danial berkata: “Kalau dato’ masuk gua lagi malamni, harap dato’ tak masuk gua sekali dgn penyokong ph takut depa nanti lari lintang pukang tgok dato masuk.”

Ada juga pengikut DSN yang menyatakan, kalau soal politik mereka sehaluan, namun soal EPL, itu soal lain.

Seorang pengguna facebook yang mendedahkan jawatannya sebagai penjaga gua, iaitu Firdaus mengemaskini kapasiti gua sekarang agak penuh kerana semalam banyak pasukan yang masuk gua.

Biodata ringkas Datuk Seri Najib Tun Razak

Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak, ahli politik yang lahir 23 Julai 1953.

Beliau merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai bekas Menteri Kewangan dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau merupakan anak lelaki sulung kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

Beliau telah dipilih untuk Parlimen Malaysia pada tahun 1976, pada usia 23 tahun, menggantikan bapanya duduk di kerusi Pekan yang berpangkalan di Pahang.

Dari tahun 1982 hingga 1986 beliau menjadi Menteri Besar (Ketua Menteri) Pahang, sebelum memasuki persekutuan Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1986 sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan Kabinet sepanjang baki tahun 1980-an dan 1990-an, termasuk sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran.

Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 7 Januari 2004, berkhidmat di bawah Perdana Menteri Tun Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, sebelum menggantikan Badawi.

Namun beliau kehilangan jawatan PM dalam PRU yang lalu.

Walaubagaimanapun, Datuk Seri Najib Razak memang seorang yang disenangi ramai. Beliau memiliki jutaan pengikut di media sosial.

Cintanya kepada Manchester United tak pernah padam. Beliau sentiasa menyatakan kesestiannya kepada Manchester United, dalam suka dan duka.

Beliau juga terkenal dengan gelaran bossku.

Pastinya ramai peminat Manchester United, terutama sekali otai seperti DSN mengharapkan kemenangan Manchester United malam ini bagi merobek ego Liverpool.

Berdasarkan pilihanraya kecil yang kami buat di The Sukan, sehari selepas kejayaan jentera DSN di Kimanis, ternyata ramai yang memilih Manchester United berbanding Liverpool.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.