Pemain pertahanan Roma, Leandro Castan mendedahkan Radja Nainggolan tidak pernah peduli tentang apa mereka di Roma fikir mengenai tabiat merokoknya.
Nainggolan kini beraksi bersama Cagaliari secara pinjaman dari Inter Milan, dan merupakan pemain Roma selama empat tahun sejak 2014. Cagliari adalah kelab di mana Nainggolan memulakan kariernya di Serie A.
“Beliau tiba dari Cagliari dan pada ketika itu tidak banyak yang saya ketahui mengenai beliau. Tetapi dari perlawanan pertama bersama Roma, beliau akan menerjah lawan dengan baik sekali, sebelum memulakan gerakan untuk menyerang.
“Kemudian barulah saya menyedari kaliber pemain seperti beliau,” ujar Castan kepada Goal.
Radja Nainggolan joined Cagliari from Inter in the summer so his sick wife could be closer to her family.
Today, he scored a late equaliser for Cagliari against Inter. pic.twitter.com/nNNKJ4I5jj
— B/R Football (@brfootball) January 26, 2020
“Beliau pemain yang baik tetapi terlalu banyak kontroversi.
“Apabila beliau di Rome, beliau meninggalkan bilik persalinan untuk merokok bersama pembantu pengurus. Beliau akan lakukan apa yang beliau suka dan tidak peduli apa orang lain fikirkan.”
Walaupun mempunyai tabiat tidak sihat di luar padang, Castan tetap kagum dengan kemampuan Nainggolan.
“Tak kira apa beliau akan pergi dan menampilkan aksi yang sepatutnya setiap kali diturunkan. Ia amat hebat bermain bersama beliau.
Nainggolan meninggalkan Roma untuk menyertai Inter pada 2018, beraksi semusim di San Siro sebelum kembali ke Cagliari.
Cagliari berada di kedudukan ke-12 Serie A sebelum saingan ditangguhkan pada Mac lalu.