Nadia Comaneci, Kisah Gimnas Sulung ‘Perfect 10’

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Kisah budak 14 tahun Nadia Comaneci ibarat kisah budak bernama Pele dalam bola sepak. Nadia menjadi atlet gimnas pertama yang mendapat markah penuh ataupun perfect 10.

Kisah tersebut telah menjadi antara sejarah terhebat dalam bidang sukan ketamadunan manusia.

Kelahiran Legenda Dari Caparthian

Nadia Comaneci (Nadia Comăneci) lahir di pekan kecil Onesti pada 12 November 1961 dalam keluarga yang sederhana. Ayahnya Gheorge Comaneci dan ibunya bernama Stefania Comăneci.

Dari kecil lagi Nadia sangat aktif. Lalu ibunya menghantar Nadia ke kelas gimnastik pada usia tadika.

Bertemu Bela Karoyli

Pada usia 6 tahun, Nadia telah dikesan oleh jurulatih gimnastik terkemuka di Romania, Bela Karoyli ketika Nadia dan kawan-kawanya sedang ‘bergayut’ di taman permainan.

Bela mengambil masa beberapa hari untuk mencari Nadia beliau dapat tahu di mana sekolah Nadia. Beliau berjaya membawa Nadia dan Teodora Ungureanu bersetuju dan menyertai pasukannya.

Nadia mulai berlatih secara profesional 2-3 jam setiap hari. Dalam beberapa pertandingan awal yang disertai Nadia, beliau banyak jatuh dan gagal melakukan pendaratan yang baik.

Ketika itu berusia 7 tahun menamatkan saingan di tangga ke-13 dalam pertandingan sulung yang disertainya.

Selepas kalah, biasanya Nadia akan bertemu dengan jurulatih. Meluangkan masa berjam-jam membincangkan aspek yang perlu dipebaiki. Nadia sentiasa optimistik dan penuh motivasi.

Sikapnya yang sangat pendiam akan berubah menjadi seorang banyak bercakap apabila bercerita soal gimnastik.

Bela tidak pernah putus harapan kepada Nadia. Pada usia 12 tahun, Nadia diberikan latihan yang lebih intensif Daripada latihan 3 jam sehari, Nadia selepas itu berlatih 6-8 jam sehari untuk 6 hari seminggu.

Menuju Montreal 1976

Peningkatan mendadak Nadia membolehkannya menang emas dalam Piala Amerika 1976.

Di situlah juga Nadia telah dicium di pipi oleh gimnas muda sensasi Amerika Syarikat Bart Conner. Kisah  yang menghiasi dunia sukan. Ramai menantikan pertemuan semula mereka di Montreal pada 1976.

Foto – USA Today

Ya! mereka bertemu di sana. Tetapi ada kisah lebih sensasi daripada ini.  Kisah yang bakal merubah hidup Nadia dan sejarah sukan Romania serta gimnastik selama-lamanya.

The Perfect 10

Pada 18 Julai 1976, anak muda dari Caparthians mencipta sejarah ulung dalam sukan olimpik. Nadia berjaya melakukan perfect 10 dalam acara uneven bar. Pendaratan beliau sempurna!

Ketika juri mengumumkan Nadia mendapat markah perfect 10 itu, ramai penonton termasuk Nadia dan jurulatihnya sendiri terpinga-pinga. Adakah ia satu masalah teknikal?

Tetapi kemudiannya satu dewan menjadi hingar meraikan detik bersejarah itu. Itulah kali pertama atlet gimnastik mendapat markah sempurna Perfect 10 sejak sukan itu aktif dipertandingkan sejak 1881 .

Tidak kira yang hadir itu penyokong Romania ataupun tidak, mereka meraikannya.

Nadia mengatasi pilihan utama kejohanan, legenda Olga Korbut dari Belarus dalam temasya tersebut.

Nadia terus menjadi sensasi, mendapat publisiti meluas daripada media antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah.

Nadia menjadi atlet wanita pertama dari luar UK memenangi Anugerah Personaliti Sukan Pilihan BBC 1976.

Beliau juga menjadi atlet wanita pertama bukan dari USA yang memeangi Anugerah Atlet Terbaik Pilihan Associated Press 1976.

Kerajaan Romania menghadiahkan Nadia dengan banyak hadiah dan insentif sukan. Keluarganya dihadiahkan rumah, kereta baru serta percutian selama sebulan yang ditaja kerajaan.

Nadia adalah bintang yang bergemerlapan. Nilai komersil beliau hari ini boleh mencecah puluhan juta dollar.

Nadia terus cemerlang dan menenangi 4 perak dan 1 emas dalam temasya Eropah 1977.

Kejatuhan Nadia

Nadia Comaneci berhadapan krisis prestasi dan lifestyle ketika remaja. Salah satu daripada sebabnya adalah kerana pemecatan Bela Karolyi.

Kerajaan Romania memecat Karoyli kerana mahu Nadia berlatih dengan jurulatih yang lebih baik. Nadia sukar menerima keputusan itu kerana dia sudah bersama Bela sejak berusia 6 tahun lagi.

Dia mulai hilang disiplin dan kerap bersosial.  Jurulatih barunya tidak mampu mengawalnya. Kemerosotan prestasi, membuatkan Nadia dan Bela digandingkan sekali lagi pada 1979.

Ini untuk memastikan Nadia menang emas Olimpik Moscow 1980. Nadia mendapatkan aksi terbaik beliau dalam bulan terakhir sebelum saingan Olimpik 1980.

Kontroversi Sukan Olimpik Moscow 1980

Nadia dan kem Romania gagal mendapat keputusan terbaik. Bela Karoyli dilihat mengamuk di tepi gelanggang selepas melihat pengadilan yang dianggap berat sebelah kepada pasukan tuan rumah.

Karoyli berpendapat Nadia patut memenangi sekurang-kurangnya 2 emas dan 2 perak. Kerajaan Romania sekali memecat Karoyli yang dianggap gagal dan dibuang negara kerana mengkritik kerajaan.

Nadia ketika itu menyertai jelajah Nadia anjuran kerajaan Romania sangat terkejut. Pegawai yang mempertahankan Bela juga dibuang negara.

Cuba Keluar Dari Romania

Nadia mahu mengikut Karoyli tetap kerajaan Romania telah menahan pasport beliau. Pergerakannya dipantau rapi.

Setiap hari Nadia mencari ikhtiar menghubungi media di luar negara untuk membantu beliau keluar dari Romania. Namun gagal!

Nadia akhirnya berjaya keluar daripada Romania dengan memasuki sempadan Hungary secara haram selepas seorang pegawai keselamatan membiarkan Nadia masuk ke negara Hungary. Ini kerana pegawai tersebut tahu akan kisah Nadia.

Nadia  terbang ke Amerika Syarikat menerusi Austria menerusi bantuan rakannya, Panait.

Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Nadia berkahwin dengan Panait dan hidup di Amerika Syarikat. Karoyli cuba menghubungi Nadia, tetapi gagal. Rupa-rupanya, panggilan Karoyli telah ditapis oleh Panait.

Nadia kecewa dengan sikap Panait yang terlalu mengawal dirinya dan cemburu buta. Panait enggan Nadia berhubung dengan masyarakat lain di luar termasuk orang Romania.

Nadia pula mahu bertemu media berpengaruh di Amerika Syarikat untuk mengkritik kerajaan Romania dan memperjuangkan hak pelarian Romania yang sangat ramai.

Panait kemudian mengurungnya di rumah selama 3 bulan. Nadia  bebas dengan bantuan rakannya Alexandru Stefu. Nadia dan Panait bercerai.

Panait melarikan diri dengan wang $150,000 selepas menjual kereta dan rumah Nadia.

Betemu Semula Conner

Selepas itu, Nadia bertemu dengan Bart Conner. Kerajaan Romania yang sudah bebas daripada komunisme telah memperbaiki semula hubungan dengan Nadia demi memajukan sukan gimnastik.

Perkahwinan Nadia dan Bart 1996, dilangsungkan di Bucharest, Romania. Kerajaan ketika itu memberikan cuti peristiwa untuk perkahwinan itu. Mereka kini sudah bersama selama 21 tahun.

Foto – AP Photo /Andrei Iliescu

Conner dan Nadia membuka perniagaan membekalkan alatan gimnastik. Nadia turut menubuhkan pusat latihan gimnastik dengan Bela Karoyli.

Kini, Nadia terus mendapat wang yang banyak hasil daripada kisah Perfect 10 beliau. Banyak versi dokumentari dan filem telah membolehkan beliau menikmati $10 juta kekayaan bersama-sama dengan suaminya.

Antara filem terbaru menceritakan detik Perfect 10 Nadia Comaneci adalah Eternal Princess lakonan Katie Holmes pada 2015. Filem lama bertajuk Nadia diterbitkan pada 1984.

Foto – Daily Mail

Nadia terus aktif dengan gimnastik. Beliau menjadi jurucakap untuk sukan tersebut. Pada 2017, Comaneci kembali semula ke lapangan di mana beliau mencipta The Perfect 10 pada 4 dekad yang lalu.

Rujukan

Wikipedia – Nadia Comaneci

Olympic

Daily Mail


SHARE ()