Mustafi Bakal Meninggalkan Arteta Untuk Sertai Barcelona

Barcelona bakal melengkapkan perpindahan paling mengejut musim ini dengan menandatangani Shkodran Mustafi.

Berita tersebut telah disahkan oleh ejen kepada Mustafi sendiri dengan beliau sudah mengadakan rundingan bersama Barca tentang urusan penandatanganan pemain centre back itu.

Awal minggu baru ini, Emre Ozturk memuat naik video di laman instagram miliknya yang memperlihatkan beliau sedang berada di perkarangan stadium Nou Camp.

Beliau turut meletakkan caption ‘bersedia untuk perbincangan’ dan peminat menganggap ianya berkait dengan Yusuf Demir.

Yusuf merupakan pemain Rapid Wien yang kini berusia 17 tahun, beliau juga merupakan salah seorang pemain dibawah jagaan Emre Ozturk.

Yusuf Demir mempunyai potensi yang cukup besar untuk berjaya dalam dunia bola sepak dan peminat menjangkakan Barca akan mendapatkan remaja tersebut untuk menambah bakat muda dalam skuad mereka.

Tiada siapa menduga bahawasanya perbincangan tersebut sebenarnya melibatkan Mustafi, dan ketika bercakap kepada Fox Sports, ejen tersebut telah mengesahkan bahawa perbincangan tersebut sememangnya berkait pemain centre-back itu.

“Tidak, saya bukan berada di Barcelona kerana Yusuf Demir, tapi ia kerana Shkodran Mustafi dari Arsenal, yang mana dia juga pemain saya.”

Jelas Emre Ozturk.

Barcelona kini sangat memerlukan seorang pemain centre-back berpengalaman selepas mereka kehilangan Gerard Pique yang dilanda kecederaan bulan lalu.

Pique mengalami kecederaan ketika dalam aksi pertemuan bertemu pendahulu saingan La Liga, Atletico Madrid dan beliau mungkin akan berehat panjang.

Beliau ketika itu meninggalkan padang dengan tangisan selepas insiden pelanggaran dengan Angel Correa dan beliau akan diketepikan selama enam bulan atau mungkin sepanjang musim.

Ronald Koeman tidak mempunyai pemain yang cukup di bahagian pertahanan, oleh itu, beliau sangat terdesak untuk membawa masuk setidaknya seorang pemain pada jendela perpindahan Januari nanti.

Mustafi dikatakan pilihan yang paling logik dengan bajet yang kecil, dengan usianya yang sudah mencecah 28 tahun, pastinya Barca tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain pertahanan Arsenal itu sepertinya sudah tidak digunakan lagi di Emirates dengan beliau hanya membuat dua penampilan sahaja dalam saingan premier league musim ini.

Gabriel, Rob Holding dan David Luiz menjadi keutamaan kepada pengurus Arsenal, Mikel Arteta berbanding beliau.

Dengan sistem Arteta yang sering bermain dengan tiga pertahanan, sepertinya beliau sukar untuk mendapat tempat di sana.

Sebelum ini, ketika Barca dalam rentak persembahan serba tidak menjadi, mereka telah dikaitkan bakal menandatangani pertahanan Manchester City, Eric Garcia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.