Jose Mourinho dilaporkan telah menghubungi Cristiano Ronaldo untuk mendedahkan hasratnya dan mengajak bintang Portugal itu menyertai AS Roma.
Ketika masa depan Ronaldo sedang hangat diperkatakan pada ketika ini, Mourinho tampil mencadangkan kepadanya untuk sertai Roma.
Laporan di media Itali mendakwa bahawa Mourinho secara peribadinya telah menghubungi Ronaldo untuk menawarkan kontrak bersama kelab barunya sebagai langkah untuk menjimatkan cukai.
¿SE LO LLEVA? 👀🤔
En Italia aseguran que 'Mou' levantó el teléfono para convencer a 'Cris' de ir a la Roma. ¿Podrá 'romper' el mercado? https://t.co/kPfsGpAA2D— Líbero Perú (@liberoperu) May 28, 2021
Kontrak Ronaldo bersama Juventus akan berakhir pada Jun 2022, namun masa depannya di Turin masih tidak jelas.
Beliau sepertinya bakal meninggalkan kelab pada musim panas ini dengan pelbagai spekulasi berkait masa depannya sedang berlegar pada ketika ini.
Manchester United telah dikaitkan untuk menandatangani semula bekas bintang mereka, dengan Paris Saint Germain turut menyatakan minat untuk mendapatkan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.
Dan terbaru, AS Roma telah meletakkan diri mereka sebagai salah satu pasukan yang bakal mendapatkan tanda tangan pemain terhebat dunia itu.
Menurut sumber laporan media Itali, La Stampa, Mourinho telah menghubungi Ronaldo untuk mengajak bintang berusia 36 tahun itu ke Roma.
Menurut Football Italia, Roma bakal menjadi jalan penyelesaian untuk para pemain asing menyelamatkan kadar cukai yang tinggi.
Mourinho telah menelepon Ronaldo, membujuk si pemain agar bermain untuk AS Roma. #Ronaldo https://t.co/NhZxb0T9aj
— JPNN.com (@jpnncom) May 29, 2021
Walau bagaimanapun, laporan tersebut turut menyatakan bahawa kontrak £27 juta setahun beliau mungkin akan tetap mendatangkan masalah.
Mourinho dan Ronaldo pernah menikmati karier bersama pada 2010 hingga 2013 ketika kedua-dua mereka bersama Real Madrid.
Pengurus dari Portugal itu pada ketika ini sedang mencari bakat baru untuk ditandatangani pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Beliau mahu merombak semula skuad AS Roma dan mencabar kejuaraan Serie A pada musim hadapan, dan bekas pengurus Tottenham Hotspur itu juga ketika ini sangat berminat untuk menandatangani Granit Xhaka dari Arsenal.
Ronaldo sementara itu telah menikmati karier selama tiga musim bersama Juventus, dengan beliau telah berjaya membantu The Old Lady memenangi dua gelaran Serie A dan Coppa Italia.
Jose Mourinho berkontak dengan Ronaldo, tanda akan dibajak AS Roma?https://t.co/Na1srq1xBj
— Bola (@Bolanet) May 29, 2021
Namun sayangnya beliau gagal membantu Juventus untuk memenangi gelaran liga Juara-Juara, dengan The Old Lady sebenarnya menandatangani beliau kerana mahu menjuarai Champions League.
Di atas kertas, beliau telah berjaya menjaringkan 101 gol sejak meninggalkan Real Madrid dan tidak menunjukkan tanda-tanda yang beliau sudah berada di penghujung kariernya.