Jose Mourinho menyatakan Ole Gunnar Solskjaer merupakan pengurus yang paling senang hidupnya ketika ini. Hal ini kerana apa sahaja beliau lakukan pasti akan disokong oleh ramai pihak.
Berbeza dengan dirinya dulu yang sangat dekat dengan kritikan setiap kali gagal menang ataupun tidak menunjukkan prestasi yang baik.
Dalam kedudukan Ole Gunnar Solskjaer pada hari ini, di mana Man United mencatatkan permulaan terburuk dalam tempoh 30 tahun, Ole masih diberikan sokongan.
Man United berada di tangga ke-14 ketika ini, namun para penyokong United menyokong Ole dengan kuat selepas seri dengan Liverpool.
Ed Woodward sendiri sudah menyatakan sokongan penuh kepada Ole Gunnar Solskjaer dan berjanji akan memberikan dana perpindahan sekali lagi kepada Ole.
Ini selepas Ole mendapat 3 pemain yang dikehendaki beliau dengan harga sangat tinggi. Maguire merupakan antara pemain yang sangat dikehendaki Mourinho dahulu.
Namun beliau tidak dapat pemain itu kerana menurut Ed Woodward, harga Maguire terlalu mahal, apabila Mourinho meminta Woodward memenuhi permintaan harga oleh Leicester £50 juta.
Sebaliknya pada era Ole, Man United sanggup mengeluarkan dana £80 juta untuk Harry Maguire.
Seterusnya, Mourinho memuji cara Man United mengendalikan perlawanan panas seperti berhadapan Liverpool. Di mana semua pihak berusaha mewujudkan suasana positif.
Berbeza pada zaman ‘virus’ beliau dahulu.
“United ada PR yang sangat bagus pada minggu ini, menerangkan situasi dengan jelas dan cuba mencipta suasana positif untuk perlawanan menentang Liverpool.”
Mourinho kemudian menegaskan Ole akan sentiasa diberikan ruang untuk berbicara soal masa depan setiap kali gagal mendapatkan keputusan.
Ianya perkara yang sentiasa mahu dilakukan oleh pengurus. Namun Mourinho menegaskan, untuk kelab seperti Man United, jarang orang nak mendengar pengurus asyik menceritakan soal masa depan, berbanding dengan apa yang sedang berlaku.
Sedangkan Man United kini berada dekat dengan zon penyingkiran. Lalu, Mourinho menganggap perkara itu sangat positif. Ini apabila para penyokong dan pengurusan tertinggi turut memberikan sokongan dengan kenyataan Ole.
Di akhir kenyataan, Ole Gunnar Solskjaer akan sentiasa menegaskan bahawa, paling penting adalah keputusan.
“Pada pandangan saya, mereka melakukannya dengan sangat baik. Apa yang saya faham daripada sidang media (Ole), objektifnya adalah masa depan,” tambah Mourinho lagi.
'I'm going to try and get a job like Ole has and speak all the time about the future'
Jose Mourinho in sly dig at successor Solskjaer as Roy Keane admits 'he needs to get some results' as 'record hasn't been good enough' https://t.co/nrCFQ8H1Ez pic.twitter.com/JtILNab1wJ
— MailOnline Sport (@MailSport) October 20, 2019
“Saya nak dapat kerja macam Ole pada masa ini selepas ini. Di mana saya sepanjang masa boleh bercakap tentang masa depan. Kemudian orang pun menyokong (back up) anda.”
“Ianya situasi yang sangat hebat. Beliau ada 3 tahun kontrak dan semuanya tentang masa depan para pemain muda.”
“Dan pada akhir kenyataan beliau akan menghantar mesej, apa yang penting adalah keputusan di atas padang. Rasanya beliau melakukannya dengan sangat baik, untuk kelab seperti Manchester United.”
Dalam perkembangan yang lain, Ole Gunnar Solskjaer menyatakan keputusan seri menentang Liverpool merupakan titik tolak kepada kebangkitan pasukannya selepas ini.
United akan beraksi dalam Europa League pada minggu ini. Dan menyambung semula kempen EPL mereka Norwich City. Ianya diikuti perlawanan Piala Carabao berhadapan dengan Chelsea.
Man United kini berada di tangga ke-14 liga, dengan hanya mengutip 10 mata, hasil 2 kemenangan dan 4 keputusan seri yang dicatatkan.