Jose Mourinho telah disempurnakan dengan watikah perlantikan sebagai pengurus Spurs. Ianya kira-kira 11 bulan selepas dibuang oleh Manchester United.
Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat selepas hilang kepercayaan daripada para pemain di bilik persalinan.
Jose Mourinho appointed as the new Spurs head coach
➡️ https://t.co/wtd5ybRH06 pic.twitter.com/VrZapfssz0
— Premier League (@premierleague) November 20, 2019
6 bulan lalu, Pochettino menjadi pengurus Spurs yang pertama membawa pasukan itu mara ke final UCL. Pencapaian terbaik pasukan mereka di dalam sejarah.
Namun, kata-kata beliau pada satu ketika dahulu telah kembali menghantuinya.
Di mana, Mourinho pernah menyatakan demi cintanya kepada Chelsea, tak teringin beliau memikirkan untuk menerima tawaran daripada Tottenham Hotspur.
Luahan itu dinyatakannya ketika 4 tahun yang lalu. Ini kerana menurut Mourinho, tak mungkin ada pasukan London yang lain selain sayangnya Chelsea.
Pengurus berusia 56 tahun itu diumumkan sebagai bos Spurs yang baru pada pagi Rabu, kurang dari 12 jam selepas Mauricio Pochettino dipecat.
Namun jelas Mourinho menerima jawatan yang pernah dianggap bukan jawatan impiannya.
Pada tahun 2015, pengurus Portugal ditanya tentang bagaimana Daniel Levy pernah mencuba untuk memancingnya pada 2007 apabila beliau dipecat Chelsea buat pertama kali.
Mourinho berkata, “Ya, saya tidak dapat pergi ke sana kerana saya tidak boleh menjadi jurulatih di England selama dua tahun.”
Mourinho menegaskan bahawa ada klausa khas pada kontrak pemecatannya yang melarang beliau menerima sebarang tawaran daripada kelab England yang lain selama dua tahun.
Jika tidak, bonus khas pada pampasan pemecatan beliau akan hangus.
Seterusnya Mourinho juga menegaskan, selain daripada halangan pada kontrak, beliau juga memang tak terfikir untuk menjadi pengurus Spurs kerana cintanya kepada Chelsea.
“Lagipun saya tidak akan menerima tawaran itu (jika tiada halangan pada kontrak sekalipun) kerana saya sangat menyayangi penyokong Chelsea.”
🗣️ 'I would not take the Spurs job because I love Chelsea supporters too much.'
What's changed, Jose? 😅https://t.co/dNFI2d7CC7
— GiveMeSport (@GiveMeSport) November 20, 2019
Bak kata orang, manifesto itu bukan kitab suci. Mungkin itulah gambaran terbaik kepada Mourinho.
Manifestasi cintanya kepada Chelsea boleh berubah. Ini kali kedua beliau mengkhianati cintanya kepada Chelsea untuk sebuah lagi pasukan England.
Sebelum ini penyokong Chelsea sangat kecewa dengan Mourinho kerana menerima tawaran di Manchester United.
Sehingga Mourinho pernah menunjukkan isyarat 3 jari kepada penyokong Chelsea yang berterusan bersorak menyanyi mengejeknya.
Menurut Mourinho, pengurus yang mereka ejek itu adalah pengurus paling berjaya dalam sejarah Chelsea dengan memberikan 3 kejuaraan liga kepada The Blues.
Kini segalanya pasti lebih panas apabila Mourinho menerima jawatan dengan pasukan London yang derbi kepada Chelsea.
Bagaimana pula layanan penyokong Chelsea kepada Mourinho selepas ini?
Adakah beliau akan menerima ejekan lebih teruk daripada penyokong Chelsea.
Yang pasti musim ini Mourinho akan berhadapan dengan anak muridnya Frank Lampard dalam pertarungan derbi Spurs dengan Chelsea.
Lampard menganggap Mourinho sebagai pengurus terbaik di dalam kariernya. Mereka mengecapi banyak kejayaan bersama, ketika era generasi emas di bawah Mourinho.
Kini di tempat baharu, mampukah Mourinho mengakhiri kemarau trofi utama di Spurs?