Jose Mouirnho telah mempertahankan pemainnya selepas Tottenham Hotspur tewas kepada RB Leipzig dalam perlawanan kalah mati Champions League di tempat sendiri.
Namun Mourinho mengaku bahawa mereka kini berada dalam masalah yang besar berhubung tahap kecergasan pemain dengan senarai panjang pemain yang cedera.
Tottenham Hotspur yang merupakan naib juara Champions League musmi lalu tewas kepada RB Leipzig dan bakal berdepan laluan sukar pada perlawan kedua di Jerman.
Gol sepakan penalti Timo Werner membolehkan Leipzig membawa satu bekalan gol tempat lawan dan Spurs bermasalah untuk memecahkan benteng pertahan Leipzig dalam perlawanan ini.
• Jose Mourinho has failed to win any of his last 7⃣ games in @ChampionsLeague knock-out stages with Chelsea (4 games), Man Utd (2) & Tottenham (1) combined
• Mourinho’s last CL knock-out stage win was as Chelsea manager against PSG in April 2014#TOTRBL #Mourinho pic.twitter.com/Vt5KgFKNFg
— BataTV Africa 🌚 (@batatv_ng) February 19, 2020
Kehilangan Harry Kane ditambah pula dengan kecederaan terkini Son Heung-Min nyata membuatkan jentera serangan Spurs rongak lalu kurang menggigit.
Mourinho terus terasa hati apabila telah disentuh bahawa ‘Spurs sebenar’ telah muncul:
“Aku maksudkan dengan Spurs sebenar?”
“Kemon la, berlaku setialah kepada budak-budak ni dan beritahu bahawa mereka telah melakukan sedaya mungkin yang boleh.”
FULL-TIME: A big result needed in the second leg – it's not over yet.
⚪ #THFC 0-1 #RBL ⚫ pic.twitter.com/xxbdWSmGhp
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) February 19, 2020
Mourinho akui bahawa kecederaan telah menjadikan Spurs lemah dan tetap percaya akan mampu menewaskan Leipzig.
Apa yang dibimbangkan oleh Mourinho adalah pemain yang masih cergas kini akan mengalami keletihan.
“Aku berterima kasih kepada peminat kerana sokongan mereka dan yang membimbangkan aku bukan kekalahan 1-0 ni.”
“1-0 ni keputusan yang masih terbuka. Kemungkinan untuk kami menang di sana masih ada.”
“I’ve seen nothing from Tottenham tonight they are really relying on that one piece of individual brilliance.”
No Kane.
No Son.
Moura 'dead'
Bergwijn 'dead'
Lo Celso 'dead'Can Tottenham and Mourinho come back from this? #OptusSport
— Optus Sport (@OptusSport) February 19, 2020
Lebih ganas dan tragis apabila Mourinho melabelkan beberapa pemainnya sudah mati dengan kepadatan jadual yang mendatang.
“Apa yang membimbangkan aku adalah pemain aku mampu bertahan berapa lama untuk perlawanan seterusnya.”
“Kami terpaksa bermain dalam tempoh dua hari(lawan sabtu ini Chelsea).”
“Kau boleh lihat Lucas Moura betul-betul mati, Steven Bergwijn, betul-betul mati, Giovani Lo Celso, mati.”
Jose Mourinho speaking about Tottenham’s three-day break until their next game: “We could see Lucas, dead. Bergwijn, dead. Lo Celso, dead. See you on Saturday morning.”
— Bolarinwa Olajide (@iambolar) February 20, 2020
Walaupun masih boleh berfikiran positif namun Mourinho tetap akui Spurs dalam masalah.
“Kita boleh melihat perkara ini dalam dua prospektif. Pertama aku gembira dengan pemain dan mereka lakukan benda sangat fantastik.”
“Kedua adalah situasi kami sekarang. Kami berada dalam masalah besar.”
“Apa membimbangkan aku adalah kami perlu bermain di Premier League dan juga FA Cup dan ini masalah kami.”
“Situasi ini seperti kami pergi berperang dengan pistol tanpa peluru.”
"We are really in trouble." 😓#TottenhamHotspur #Spurs #Mourinho https://t.co/gHSigEGcpW
— LiveScore (@livescore) February 20, 2020
Kecederaan melanda pemain utama menyebabkan pemain lain tidak dapat digilirkan dan terpaksa diturunkan juga lalu memberi keletihan yang nyata.
Ketika ini bagi Mourinho pemain seperti Moura, Bergwijn dan Lo Celso telah ‘mati’ dan pemain lain hanya menunggu masa juga untuk ‘mati’.