Mourinho Menggelar Dele Alli Pemalas Di Hadapan Semua Pemain Spurs

Jose Mourinho memanggil Dele Alli dengan gelaran yang begitu hina dihadapan kesemua para pemain Tottenham Hotspur ketika sesi pertemuan pertama mereka.

“The all new Amazon ‘All or Nothing: Tottenham Hotspur” merupakan sebuah dokumentari yang menggambarkan bagaimana cara Mourinho mengurus pasukan Spurs setiap hari dan menjelaskan seberapa banyak perkembangan positif yang berjaya beliau hasilkan.

Seperti yang dilihat di dalam video di bawah, Jose Mourinho dilihat begitu marah dengan pemain midfield Spurs, Dele Alli.

Ketika itu beliau sedang membincangkan taktik tentang perlawanan pertamanya sebagai pengurus Spurs bertemu West Ham United.

Ketika itu lah beliau memarahi pemain kebangsaan England itu dihadapan para pemain lain dan menggelar Dele Alli dengan gelaran yang sangat hina.

Jika dilihat dalam video sesi latihan itu, Mourinho mengetengahkan isu bagaimana bekas pemain MK Dons itu tidak begitu cepat dalam membuat keputusan dan pemalas.

“Bola laju, bola laju dan dalam ruang yang betul.”

Jelas Mourinho selepas menghentikan video yang dimainkan ketika sesi latihan tersebut.

“Okay, saya sudah faham, mana Dele? Saya sudah faham sekarang bahawa kamu sememang pemalas teruk dalam sesi latihan.”

Alli yang baru dimalukan oleh pengurus barunya itu hanya mampu tersenyum nipis sahaja menahan perasaan sedihnya.

Di awal episod dokumentari tersebut, Mourinho memberitahu chairman Spurs bahawa Alli tidak cukup bagus ketika dalam sesi latihan.

Akan tetapi, beliau turut mendedahkan bahawa pemain berusia 24 tahun itu merupakan pemain yang Sir Alex Ferguson mahu beliau tandatangani suatu ketika dahulu.

“Saya sudah cakap terus terang kepada Alli bahawa dia tidak begitu fokus dalam latihan dan dia tidak bagus kerana itu.”

Perbualan Mourinho kepada ibu pejabatnya yang di dedahkan.

“Saya tidak mengatakan ianya bencana tetapi saya juga tidak menafikan kehebatan Harry Kane, Harry Kane seorang yang sangat bagus ketika dalam sesi latihan.”

“Sir Alex Ferguson cuma memberikan saya sedikit pesanan pada satu atau dua tahun yang lalu. Dia menyuruh saya membeli Dele Alli, dia yakin Alli mempunyai pemikiran yang bagus dan cara bermain yang sempurna. Sir Alex turut menyatakan bahawa Alli merupakan pemain paling sesuai untuk Manchester United dengan apa yang beliau miliki dan Sir Alex menyuruh saya menandatanganinya.”

“Dan Sir Alex memang hebat dalam menilai pemain. Tetapi Alli tidak cukup bagus ketika berlatih, kita perlu mencari motivasi yang bagus untuk dia.”

 

Dalam episod ketiga siri dokumentari tersebut, Mourinho memanggil Alli untuk sesi berdua bersamanya dan cuba untuk mengembalikan semangat serta mencuba yang terbaik untuknya.

“Saya rasa kamu fikir saya suka kamu.”

Jelas Mourinho kepada Alli.

“Saya menyukai kamu sebagai seorang pemain dan saya suka kamu sebagai seorang budak. Saya fikir kamu seorang budak yang baik. Saya cuma mahu menjadi jurulatih kamu, tetapi dengan perhubungan yang baik, jadi saya akan selalu memberitahu kamu apa yang saya fikir.”

“Dalam hati kamu mungkin kamu mau suruh saya berambus, tetapi saya harus memberitahu kamu apa saja yang saya fikirkan. Bagi saya, sejak dari awal, saya tidak pernah menafikan bakat dan potensi kamu.”

“Saya nampak kamu melakukan perkara yang luar biasa dan saya menonton perlawanan kamu yang menarik, tetapi saya tahu kamu ada pasang dan surut.”

“Ianya terdapat perbezaan yang sungguh besar antara pemain yang boleh terus konsisten dan pemain yang mempunyai detik tersendiri. Saya yakin satu hari nanti kamu akan menyesal sekiranya kamu tidak capai apa yang sepatutnya kamu boleh capai.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.