Mourinho Menganjing Man United: “Bruno Fernandes Dah Sampai Ke Belum?”

Jose Mourinho kelihatan terhibur dengan drama tarik tali di Old Trafford melibatkan isu perpindahan Bruno Fernandes.

Mourinho sebelum ini sudah kenal benar dengan Ed Woodward yang lembab dalam menguruskan perpindahan pemain, sudah tahu bahawa perpindahan Bruno Fernandes mungkin hanya ilusi.

Mourinho meraikan kemenangan pasukannya ke atas Norwich dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Dan beliau dalam masa yang sama mengikuti perkembangan yang berlaku di Old Trafford.

Dalam sidang medianya, Mourinho sempat menukar topik sekejap dengan bertanya kepada wartawan, adakah Bruno Fernandes benar-benar dah sampai di Manchester United.

Kalau mengikut desas desus, pemain itu dijangka duduk di bangku simpanan di Anfield ketika aksi Man United berhadapan dengan Liverpool.

https://twitter.com/i/status/1218184961158787076

Setakat ini, sepatutnya sudah dua perlawanan Bruno Fernandes duduk di bench, dan mungkin boleh masuk.

Mourinho bertanya kepada seorang wartawan: “Bagaimana perkembangan Lisbon? Lisbon ok ke? Jadi, Bruno Fernandes ni jadi datang ke United atau tak? “Kata Mourinho.

“Kamu pergi ke Lisbon, dan dia tak datang la ni?”

“Dia datang atau tak?”

Wartawan tersebut menjawab: “Ya”

Mourinho berkata: “OK.”

Dan mereka di situ tergelak.

Bruno Fernandes ke Man United masih belum dimeterai. Mengikut beberapa laporan sebelum ini, Sporting hanya akan melepaskan Bruno Fernandes selepas aksi menentang musuh ketat mereka Benfica.

Bruno Fernandes punya semangat derbi tu lain macam sikit. Benfica menang 2-0 dalam perlawanan ini.

Beliau beraksi baik dalam perlawanan ini. Namun keputusan tidak memihak kepada pasukannya.

Jadi, apa seterusnya untuk Bruno Fernandes? Adakah beliau akan terbang ke Old Trafford?

Sebelum ini Bruno dilaporkan sudah setuju dengan terma peribadi ditawarkan oleh Manchester United.

Bruno ditawarkan kontrak dengan gaji £130,000 seminggu di Old Trafford.

Kini tinggal dua kelab iaitu Sporting dan Man United untuk mencari kesepakatan pada harga.

Daily Mail melaporkan Sporting tidak gembira dengan bonus tambahan yang ditawarkan oleh United.

Ini kerana United memasukkan klausa yang sukar dicapai. Termasuk klausa kemenangan Ballon d’Or, dan kejuaraan UCL pada penggal pertama kontrak beliau.

Bonus tambahan itu bernilai £25 juta. Klausa Ballon d’Or ini Man United pernah masukkan di dalam kontrak Martial dahulu.

Man United menawarkan bayaran asas sebanyak £34 juta untuk Bruno Fernandes.

BBC melaporkan Man United menawarkan £42 juta bayaran asas dan ditambah dengan £13 juta lagi bonus. Perjanjian ini dilaporkan boleh mencecah £68 juta.

Namun begitu, Sporting mahukan bayaran pokok £55 juta dan kemudian bonus.

Sporting sebelum ini sudah menyatakan mereka hanya menerima bayaran sekitar £70 juta untuk pemain itu. Jadi korang boleh expect yang Sporting nakkan bonus sekitar £15 juta la.

Daripada dua laporan di atas ini, anda dapat simpulkan, perkara ini masih tersekat pada perbincangan harga. Ini benda biasa dalam perpindahan pemain.

Dunca Castles juga menyatakn perkara yang sama. Sporting kurang berkenan terutama sekali bahagian bonus yang dianggap sukar dicapai. Orang nak bonus yang lebih realistik.

Pengurus Sporting, Silas berkata kepada A Bola: “Pemain mana yang tak nak pergi ke EPL? Ianya keputusan yang sukar untuk kamu katakan tidak. Bruno [Fernandes] berhak untuk bermain di liga terbaik.”

“Bruno salah seorang pemain terbaik di dunia ketika ini, dan beliau harus berada di sana.”

Bruno dilaporkan sudah memberitahu ejen dan juga pengurusan Sporting bahawa beliau mahu ke Manchester United.

Ini selepas kegagalan beliau berbuat demikian pada perpindahan yang lalu.

Seorang pemerhati bola sepak menyatakan: Ed Woodward mengambil masa yang sangat lama untuk menyelesaikan satu urusan perpindahan. Namun jika ini adalah berkaitan dengan penaja, ianya akan diselesaikan dalam masa satu malam.

Ole Gunnar Solskjaer menganggap perpindahan ini adalah satu keperluan kerana Man united berhadapan dengan krisis kecederaan di tengah.

Dan pada masa yang sama, Bruno Fernandes dilihat mampu memperbaiki struktur Man United di tengah dengan keupayaan beliau menghubungkan bahagian belakang dan hadapan.

Bruno juga seorang pemain yang boleh menjaringkan gol sebagai pemain tengah.

Artikel ini adalah dari: Axello.net dan disalin atas kebenaran

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.