Mourinho Mengajar Para Pemain Menyebut Namanya Dengan Betul

Jose Mourinho mengajar kesemua pemain skuad Tottenham Hotspur untuk menyebut namanya dengan betul ketika sesi latihan pasukan baru-baru ini.

Dalam satu video dari Amazon Prime documentary, dan dikongsikan atas talian oleh DJ BBC Radio 1, Annie Mac, terlihat Jose Mourinho bertanya kepada Tanganga bagaimana untuk menyebut nama pemain tersebut dengan betul.

Beliau kemudian menjelaskan bahawa dirinya tidak suka menyebut nama orang dengan sebutan yang salah dan tidak suka namanya disebut dengan cara yang tidak betul.

Beliau menegaskan bahawa ramai orang yang tersilap menyebut namanya sendiri dan memperbetulkan sebutan namanya dihadapan semua pemain ketika itu.

“Bagaimana saya perlu sebut nama anda yang betul-betul.”

Tanya Mourinho.

“Tanganga.”

Jawab pertahanan Tottenham Hotspur itu.

“Tanganga? Saya benci untuk memanggil orang dengan sebutan yang salah, semua orang menyebut nama saya dengan cara yang salah.”

“Semua orang memanggil saya Jose, Jose (sebutan Khose), saya Jose(sebutan Jose).”

Video tersebut sebenarnya memaparkan dokumentari tentang bagaimana cara Mourinho menguruskan pasukan setiap hari.

Mourinho merupakan antara seorang pengurus yang paling berjaya dalam dunia bola sepak serta mempunyai karisma tersendiri yang cukup mengagumkan.

Pengurus berasal dari Portugal itu mula mengurus Tottenham Hotspur pada November 2019 menggantikan Pochettino.

Beliau menandatangani perjanjian bersama Tottenham Hotspur sehingga bulan Jun 2023 dan pastinya beliau menginginkan setidaknya satu Piala untuk skuad pimpinannya.

Musim ini Tottenham Hotspur menghabiskan saingan liga di kedudukan keenam dengan mengumpul 59 mata dibelakang Leicester City.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.