Bekas pengurus Manchester United, Jose Mourinho hanya mahu tahu adakah Manchester United akan menjadi juara jika kejuaraan Manchester City pada musim 2018 dibatalkan?
Pada musim 2017/18, ketika Mourinho masih menguruskan Manchester United beliau telah membawa Setan Merah muncul naib juara di belakang The Citizen.
Temporari ini semua sedia maklum bahawa Manchester City telah digantung daripada kejohanan Eropah untuk tempoh dua tahun yang mendatang.
Manchester City telah digantung daripada kejohanan terulung Eropah, Champions League selama dua musim kerana berlaku curang dengan peraturan Financial Fair Play(FFP) dan perlesenan kelab.
Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB) telah mendapati City telah melanggar peraturan Financial Fair Play(FFP) dan perlesenan kelab secara serius.
👀 Manchester City's Premier League title in 2014 is apparently under threat with a potential backdated points deduction
Steven Gerrard and Raheem Sterling when hearing the news… 🤣 pic.twitter.com/YWoCXsqrmC
— ODDSbible (@ODDSbible) February 16, 2020
Selain itu Manchester City juga didapati bersalah oleh UEFA kerana pelbagai kesalahan lain termasuklah pemalsuan dokumen tajaan dan keuntungan.
City telah membuat pemalsuan pendapatan penajaan dalam akaunnya yang dihantar kepada UEFA antara tahun 2012 dan 2016.
Kelab bimbingan Pep Guardiola itu juga telah gagal memberi kerjasama dalam siasatan yang dilakukan oleh Chamber of the Club Financial Control Body (CFCB).
Juara bertahan Premier League itu digantung daripada Champions League bagi musim 2020/21 dan 2021/22 disamping denda sebanyak €30 oleh UEFA.
Manchester United Jadi Juara 2018 Tak Kalau Kejuaraan City Dibatalkan?
Menurut UEFA, Manchester City telah membuat kecurangan sejak 2012 lagi dan kesalahan itu berlarutan sehingga ke 2016 dan mungkin akan dikenakan hukuman turun ke liga bawahan.
Mourinho ketika ditanya mengenai situasi yang melanda Manchester Citu ketika ini sempat bergurau dengan jawapan yang sangat menghiburkan.
“Pada pandangan kau aku tak rela habiskan masa aku walaupun seminit untuk menganalisi apa yang sedang dianalisis oleh FIFA dan UEFA.”
“Jika aku mahu membuat analisis, aku nak tanya jika pasukan yang menamatkan saingan di tempat kedua pada 2018 akan jadi juara, ya atau tak?
“Benda ni akan jadi sangat menarik. Tapi aku gurau je. Aku akan tunggu dengan tenang.”
Mourinho: "I have to ask if the team that finished in 2018 is going to be champions, yes or no? That would be interesting but joking apart…"
— Richard Jolly (@RichJolly) February 16, 2020
“Saya tidak pernah fikir ia adalah satu keputusan besar atau keputusan kecil.” kata Mourinho.
“Peraturan itu adalah undang-undang, ia adalah ya atau tidak. UEFA menghukum mereka tetapi mereka diberikan peluang untuk merayu.”
“Sehingga selesai proses rayuan, Manchester City masih ada manfaat daripads keraguan. Di akhir proses itu kita akan lihat jika mereka dihukum atau tidak.” tambahnya lagi.”
Jose Mourinho reacts to Manchester City's European ban and what it means for Spurs
More: https://t.co/eiebFZbwAa pic.twitter.com/BF4zqp5PsL
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 16, 2020
Kecurangan yang dilakukan oleh City adalah antara tahun 2012 hingga 2016 jadi mungkin tiada kaitan dengan kejuaraan City pada tahun 2018.
Nombor Dua Antara Kejayaan Terbesar Dalam Karier Mourinho
Pada 2018, Mourinho membantu Setan Merah muncul naib juara Premier League dengan 19 mata dibelakang pasukan bimbingan Pep GUardiola.
Mourinho yang pernah menang pelbagai kejuaraan samada peringkat domestik atau Eropah menganggap membawa Manchester United menjadi naib juara sebagai “biggest achievements” .
Pencapaian terbesar dalam kariernya walaupun mungkin ada menanggap beliau gila dan kenyattan ini dibuat selepas dipecat.
“Aku fikir perkara ini merupakan satu perkara asas. Jika aku beritahu kau, contohnya, aku meanggap salah satu kejayaan terbaik dalam karier aku adalah membawa Manchester United muncul naib juara Premier League.”
“Mesti kau cakap ‘lelaki ni gila.’ Beliau dah menang 25 gelaran dan beliau cakap tempat kedua adalah salah satu pencapaian terbaiknya dalam bola sepak.”
“Aku terus menyebut perkara ini kerana orang tak tahu apa yang terjadi disebalik kejayaan ini.”
Pada ketika itu kenyataan Mourinho ni nampak mengarut tetapi dengan isu yang melanda Setan Merah ketika itu hingga kini maka kenyataan Mourinho itu nampak kebenarannya.