Jose Mourinho tidak dapat menyembunyikan pandangan kritikal beliau tentang bekas pasukan lamanya, Manchester United.
Menurut Jose Mourinho, beliau tidak terkejut melihat Manchester United kalah di tangan West Ham, kerana prestasi United pada hari ini adalah teruk.
Hos rancangan bertanyakan kepada Mourinho, adakah beliau melihat sebarang perkara positif dalam pasukan United.
“Di mana peningkatan positif? Tiada! Saya tidak dapat menemukannya.”
Jose Mourinho when sky ask him can he find any positives for United pic.twitter.com/HCK2IVKA2p
— FPL CHEF (@fpl_chef) September 22, 2019
“Kita (Manchester United di bawah kendalian Mourinho), teruk pada musim lalu. Namun saya tidak nampak pun sebarang peningkatan pada musim ini. Malah lebih teruk daripada saat saya dipecat.”
“Saya suka dengan 3 pemain baru yang mereka beli. Pemain yang memberikan impak dan menyuntik kualiti kepada pasukan.”
“Namun secara keseluruhan sebagai pasukan, saya tidak sukakan Manchester United yang ini.”
Manchester United tewas 2-0 di tangan West Ham United. Andriy Yarmolenko dan Aaron Cresswell menjadi wira pasukan tuan rumah.
Jose Mourinho on Manchester United's performance
🗣"I don't like the team at all, I'm not surprised by the result" pic.twitter.com/8vrxJIjJTq
— Football Daily (@footballdaily) September 22, 2019
Wartawan bertanyakan Ole Gunnar Solskjaer tentang komen Mourinho ke atas beliau. Ole menegaskan: “Beliau berhak menyuarakan pandangan beliau. Tahun lepas pun kita kalah di sini, jelas sekali ini bukan tempat yang mudah untuk dilawati.”
“Masalah kita pada hari ini adalah tidak menyempurnakan beberapa peluang. Mereka pula menjaringkan 2 gol yang cantik dengan kaki kiri pula.”
Manchester United akan berhadapan dengan Rochdale dalam saingan Piala Carabao selepas ini. Dan kemudiannya mereka ada perlawanan besar menentang Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.