Mourinho: Klopp Sakit Hati Sebab Tak Pernah Menang Di Old Trafford

Jose Mourinho ternyata tidak setuju dengan komen Jurgen Klopp yang mempertikaikan corak taktikal Manchester United.

Dalam temuramah beliau selepas perlawanan, Klopp menganggap Man United cuma bertahan, dan ianya sentiasa berlaku setiap kali berhadapan dengan Liverpool.

“Mereka hanya bertahan, itu adalah fakta, bukan kritikan,” jelas Jurgen Klopp.

Man United di hadapan menerusi Marcus Rashford. Namun pada separuh masa kedua, Liverpool mengikat Man United menerusi gol Adam Lallana.

Jose Mourinho dalam ulasannya, tidak setuju dengan kenyataan Klopp.

Mourinho berkata: “Klopp jelas kecewa dengan pasukannya. Namun lebih kecewa apabila tidak pernah menang di Old Trafford.”

“Klopp nampaknya tidak suka dengan menu yang beliau dapat di Old Trafford. Beliau mengharapkan ada santapan daging, namun hanya mendapat ikan sahaja di sana.”

“Beliau tak gembira kerana mereka tidak berhadapan dengan pasukan yang memberikan ruang untuk mereka menyerang.”

“Namun, kita harus sedar, United bermain dengan gaya permainan berbeza pada hari ini kerana kualiti pasukan mereka terhad.”

Jurgen Klopp tidak pernah menang di Old Trafford sepanjang karier beliau sebagai pengurus. Beliau membawa Liverpool yang sedang dalam prestasi cemerlang berhadapan dengan Man United yang memulakan perlawanan di tangga ke-14.

Namun masih gagal untuk membawa pulang 3 mata dari Old Trafford. Ole Gunnar Solskjaer pula menegaskan para pemainnya telah melakukan tugas dengan sebaiknya dalam perlawanan ini.

Ole juga tidak bersetuju dengan tuduhan Jurgen Klopp bahawa pasukannya hanya bertahan sepanjang perlawanan.

Malah Ole rasa simpati dengan para pemainnya dan penyokong United yang menurut beliau berhak untuk mendapat lebih daripada sekadar 1 mata daripada perlawanan ini.

“Kami mengarahkan pasukan kami untuk menyerang dan sentiasa agresif, serta mencipta banyak peluang gol. Dan kami berjaya melakukannya hari ini.”

Ini merupakan kali pertama Liverpool keciciran mata selepas 8 kemenangan berturut-turut. Dan ia juga kali pertama Liverpool tak menang dalam 17 aksi terakhir liga mereka.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.