Jose Mourinho telah membuatkan Vincent Kompany terkedu ketika pra perlawanan di antara Manchester City dan Liverpool semalam.
Kompany menegaskan bahawa, Liverpool sudah banyak kali berada di hadapan Manchester City pada pertengahan musim, namun akhirnya mereka akan tewas juga dalam persaingan.
Mourinho tidak bersetuju dengan Kompany kerana menurutnya, kejuaraan Man City pada 2014 kerana bantuan beliau ketika bersama Chelsea.
Di mana Chelsea menang ke atas Liverpool dalam insiden Gerrard tergelincir.
Kompany berkata: “Dalam kes ini, dalam dekad ini, sangat banyak kali mereka di hadapan dan di puncak liga dan Man City kerap di belakang mereka.”
Mourinho mencelah: “Tetapi Manchester City bermain dengan pasukan terbaik. Apabila saya menghadiahkan kamu kejuaraa, kamu tak pernah ucap terima kasih pun. Kamu adalah pasukan terbaik ketika itu.”
Vincent Kompany: “There have been numerous times where Liverpool were top of the league and there were numerous times where City were behind us as well. But City was the best team.”
Mourinho interrupted: “When I gave you the title you didn't even call me to say thank you.” pic.twitter.com/4ibMIJdIrx
— The Blues (@TheBlues___) November 11, 2019
Mourinho kemudian menembak Kompany dengan menyatakan, walaupun Liverpool tidak memiliki pasukan sehebat Man City dalam beberapa musim sebelum ini, mereka tetap berada di sana memberikan saingan dan hampir menjadi juara.”
“Mereka bukan pasukan terbaik, namun mereka berjaya memberikan saingan dan pernah hampir menjuarainya. Tetapi pasukan kamu adalah pasukan terbaik (sarat dengan bintang).”
“Cuma pada masa ini, saya rasa berlaku peralihan kuasa.”
Mourinho kemudian mengingatkan Kompany, walaupun Liverpool tidak memiliki ramai pemain hebat seperti Man City di semua bahagian, namun mereka berjaya menjadi juara Eropah. Sesuatu yang Kompany harus lebih hormati.
Ini selepas Kompany menganggap Liverpool bukan pasukan yang mampu mengendalikan tekanan. Mourinho tak setuju. Jika betul Liverpool tak mampu mengendalikan tekanan, bagaimana mungkin mereka boleh menjadi juara Eropah?
“Bahkan dari segi reputasi, jika reputasi memainkan sesuatu, Kamu adalah juara England, tetapi mereka adalah juara Eropah, tahu?”
“You are the Champions of England, but they are the Champions of Europe” – Mourinho. https://t.co/e3oAqySqbK
— Kloppholic (@Kloppholic) November 10, 2019
Mourinho menegaskan pasukan Jurgen Klopp harus dipuji kerana winning mentality serta status mereka sebagai juara Eropah.
Tak cukup dengan itu, Mourinho bubuh lagi si Kompany dengan berkata: “Mereka (Liverpool) tahu cara untuk menang. Mereka tahu cara menghadapi tekanan. Jadi perlawanan hari ini sangat penting.”
https://twitter.com/i/status/1193612978945482759
Mourinho berkata begitu kerana Pep Guardiola dilihat cuba bermain perang saraf sebelum perlawanan dengan menyerang Mane dengan label kaki diving.
“Sekarang ini jarak antara 2 pasukan adalah 6, jika menjadi 9, ucap selamat tinggal sahaja.”
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 11, 2019
Ternyata ramalan Mourinho tepat, di mana Liverpool berjaya mengatasi Manchester City dalam aksi di Anfield dengan kemenangan 3-1.
Namun adakah Jose Mourinho benar, bahawa jarak 9 mata bermaksud Man City sudah boleh ucap selamat tinggal. Ataupun Januari nanti Pep Guardiola akan membeli beberapa pemain lagi untuk memperbaiki musim mereka.