Monaco Lesap £14.4 Juta Bonus Kerana Martial Gagal Menang Ballon d’Or 2019

AS Monaco telah memasukkan satu klausa khas yang akhirnya menjadi klausa bukan-bukan, ketika mereka menjual Anthony Martial pada 2015.

Dalam klausa itu termaktub bahawa, Man United akan membayar £7.2 juta lagi apabila pemain itu memenangi Ballon d’Or pada 2019.

Namun semalam tiada nama Anthony Martial sebagai pemenang. Malah beliau gagal menempatkan diri dalam senarai 30 calon akhir.

Berikut adalah senarai 30 akhir:

1. Lionel Messi (Barcelona)
2. Virgil van Dijk (Liverpool)
3. Cristiano Ronaldo (Juventus)
4. Sadio Mane (Liverpool)
5. Mohamed Salah (Liverpool)
6. Kylian Mbappe (PSG)
7. Alisson Becker (Liverpool)
8. Robert Lewandowski (Bayern Munich)
9. Bernardo Silva (Man City)
10. Riyad Mahrez (Man City)

11. Frenkie de Jong (Barcelona)
12. Raheem Sterling (Man City)
13. Eden Hazard (Real Madrid)
14. Kevin De Bruyne (Man City)
15. Matthijs de Ligt (Juventus)
16. Sergio Aguero (Man City)
17. Roberto Firmino (Liverpool)
18. Antoine Griezmann (Barcelona)
19. Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
20. Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal) =20. Dusan Tadic (Ajax)
22. Heung-Min Son (Tottenham)
23. Hugo Lloris (Tottenham)
24. Marc-Andre Ter Stegen (Barcelona) =24. Kalidou Koulibaly (Napoli)
26. Karim Benzema (Real Madrid) =26. Georginio Wijnaldum (Liverpool)
28. Donny van de Beek (Ajax) =28. Joao Felix (Atletico Madrid) =28 Marquinhos (PSG)

Berikut adalah klausa khas yang ada pada Martial, dan status kelayakan bonus itu diterima oleh AS Monaco.

1. Menjaringkan 25 gol dalam 4 tahun – £7.2 juta (Layak)
2. Melakukan 25 kaps untuk Perancis dalam 4 tahun – £7.2 juta (Tak layak, kurang 9 lagi)
3. Menang Ballon d’Or 2019 – £7.2 (Tak layak)

Jelas sekali Monaco kehilangan £14.4 juta bonus kerapa klausa 2 dan 3 tidak dapat dicapai. Kini sudah akhir tahun 2019, dan tiada lagi perlawanan antarabangsa.

Martial hanya beraksi 16 aksi antarabangsa sejak menyertai Man United pada 2015.

Seterusnya, Ballon d’Or 2019 juga sudah berlangsung dan dimenangi oleh Lionel Messi.

Pada kontrak, Martial perlu menang Ballon d’Or sebelum Jun 2019. Dan tahun 2019, Ballon d’Or adalah pada Disember kerana berpecah dengan anugerah FIFA.

Pada 2015, Naib Presiden AS Monaco Vadim Vasilyev menyatakan keyakinan mereka baru sahaja mendapatkan perjanjian terbaik untuk Martial.

United awalnya menawarkan £50.4 beserta bonus. Tetapi Monaco menolaknya. Monaco kemudian meminta £36 juta dengan tambahan 3 klausa bonus. Setiap satu adalah £7.2 juta.

Monaco yakin mereka akan mendapat total £57.6 juta dengan cara tersebut.

Keyakinan itu bertambah tinggi apabila Anthony Martial memenangi Golden Boy Award pada 2015.

Malang sekali. AS Monaco sepatutnya menerima sahaja £50.4 dengan bonus yang tidak melibatkan Ballon d’Or.

Ini kerana mereka kini hanya mendapat, £43.2 sahaja.

Anthony Martial masih mencari rentak konsisten bagi memenuhi jangkaan dan ramalan ke atasnya yang dilabel new Thierry Henry pada satu ketika dahulu.

Beliau kini masih gagal menjadi pemain utama Perancis secara konsisten. Dan bergelut untuk menjaringkan lebih banyak gol.

Martial pernah menyatakan beliau mahu bermain di posisi no.9 kerana itu kekuatannya. Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, beberapa kali beliau diturunkan di posisi itu namun masih belum memberikan impak.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.