Mo Salah Jadi Wira Selamatkan Gelandangan Dari Dibuli

Bintang sensasi Liverpool, Mohamed Salah berjaya untuk memenangi hati ramai peminat selepas tular satu video yang memperlihatkan kehebatannya di luar padang.

Mo Salah dilihat telah membantu seorang gelandangan yang sedang dibuli disekitar kawasan Anfield.

Para peminat menganggap Salah sebagai salah seorang pahlawan sebenar baik atas mahupun luar padang.

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi pada September lalu, yang mana ketika itu Salah baru beraksi untuk Liverpool dalam perlawanan menentang Arsenal.

Salah juga beraksi sangat cemerlang dalam membantu Liverpool menewaskan Gunners 3-1 dalam perlawanan pada malam itu.

Waktu itu Salah sedang dalam perjalanan pulang ke rumah beliau, dan ketika beliau mahu mengisi minyak, Salah melihat seorang gelandangan sedang dibuli.

Gelandangan tersebut bernama David Craig dan beliau dilihat sedang dibuli oleh sekumpulan kecil pemuda dari kawasan itu.

Salah berasa tidak senang melihat keadaan itu lalu beliau dengan beraninya pergi berdepan dengan kesemua pembuli tersebut dan menasihati mereka.

Salah menasihati kesemua pembuli tersebut dan mengingatkan mereka bahawa tindakan membuli itu salah dan tidak baik untuk dilakukan.

Salah juga mengingatkan mereka akan karma yang mungkin terjadi atas tindakan tidak baik yang mereka lakukan sekarang.

Gelandangan itu benar-benar terharu dengan tindakan Mo Salah yang membantunya bersemuka dengan para pembuli tersebut.

David Craig turut menyatakan bahawa tidak ramai orang yang berani atau sudi untuk membantu golongan gelandangan seperti beliau dalam situasi seperti itu.

“Mo hebat dari segala benda termasuk atas apa yang beliau lakukan bersama Liverpool di atas padang.”

“Dia melihat sekumpulan pembuli sedang membuli saya dan dia datang lalu menasihati semua pembuli itu.”

“Salah menasihati mereka bahawa hal seperti ini mungkin akan berlaku kepada mereka juga beberapa tahun lagi.”

“Apa yang pasti, saya seolah berhalusinasi apabila Salah memberikan saya duit bernilai £100. Dia legenda sejati yang sebenarnya.”

“Mo melihat pembuli itu semua berkasar dengan saya. Mereka memanggil nama saya dan kemudian mereka menghina saya.”

“Mo melihat semua yang berlaku dan selepas itu dia berlalu pergi ke mesin ATM. Saya lebih daripada terkedu. Saya peminat sejati dia.”

“Mo adalah pahlawan dunia nyata di mata saya. Saya mahu ucapkan terima kasih kepadanya.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.