Henrik Mkhitaryan dalam sidang medianya menyatakan bahawa beliau menderita kebosanan ketika Arsenal. Sekaligus membuatkannya hilang nikmat bola sepak.
Mkhitaryan merupakan seorang pemain yang sangat bagus ketika di Borussia Dortmund. Beliau kemudian memutuskan untuk menyertai Manchester United.
Ketika di United prestasinya mulai turun naik namun beliau tetap menjadi pilihan di kalangan para penyokong kerana mereka percaya prestasinya adalah dipengaruhi oleh layanan Jose Mourinho.
Mkhitaryan membantu Manchester United menang Europa League.
Mkhitaryan Kemudian disertakan dalam perjanjian untuk mendapatkan Alexis Sanchez. Beliau kemudian bergabung semula dengan Pierre Emerick-Aubameyang.
Beliau adalah pemain yang digunakan Arsenal dalam video pengenalan Pierre Emerick-Aubameyang.
YOU NEED TO SEE THIS ⚠️
AUBA'S ARRIVED… #YoPierre pic.twitter.com/xzDtjYt6a1
— Arsenal (@Arsenal) January 31, 2018
Ketika di Arsenal beliau terus bergelut dengan prestasi. Beliau dan Aubameyang menikmati karier yang berbeza.
Pada jendela perpindahan yang lalu, Mkhitaryan berpindah ke AS Roma secara pinjaman dengan ada klausa tebus beli tetap.
Ketika bercakap kepada media baru baru ini, Mkhitaryan mengejutkan ramai pihak. Beliau menyalahkan Arsenal sebagai punca prestasi beliau merudum.
#Roma, #Mkhitaryan: "Here to win, at #Arsenal I wasn't having fun anymore"https://t.co/OmKyzZyktJ
— Claudio Calcio (@CPerfetto11) September 10, 2019
“Saya dengar bola sepak Itali daripada ramai pihak. Liga yang disertai pemain pemain hebat, dan liganya pun hebat.”
“Saya sorang yang berimpian tinggi dan saya tiba di Roma untuk menang, bukannya mahu membuang masa masa.”
“Di Arsenal saya tidak lagi seronok dengan bola sepak, melalui detik-detik sukar, lalu saya memutuskan untuk menukar angin.”
“Saya tidak sabar dan mahu menunjukkan kualiti saya, di sini terdapat semua yang diperlukan untuk saya melakukannya.”
“Saya akan bermain di mana jurulatih mahukan, saya sangat bagus dalam mana-mana peranan menyerang, yang penting adalah untuk membantu pasukan.”
“Serie A adalah peluang yang baik untuk saya, saya tidak fikir saya telah mengambil langkah ke belakang dalam kerjaya saya. Saya dengan cepat menerima tawaran ini kerana saya di sini untuk kembali gembira dan menikmati bola sepak.”
“Saya bukan tertarik kerana wang kerana saya lebih utamakan nikmat bermain bola sepak. Dalam beberapa bulan terakhir di Arsenal, ianya tidak berlaku lagi. “