Pemain kebangsaan pasukan Jepun iaitu, Takumi Minamino telah sah menjadi milik Liverpool FC.
Liverpool FC mengumumkan perkara itu secara rasmi kepada para peminat Liverpool yang tertunggu-tunggu kehadiran pemain tersebut.
Minamino pastinya menjadi tambahan yang sangat penting kepada skuad Jurgen Klopp. Gaya pemainan lincah dan intensif pemain itu sangat sesuai dengan Liverpool.
Beliau sebelum ini sudah 2 kali beraksi menentang Liverpool bersama RB Salzburg dalam saingan UCL.
Dan ketika aksi di Anfield, Minamino mencetuskan kebangkitan 3 gol pasukannya untuk mengikat Liverpool 3-3. Namun sayang sekali mereka tewas kerana gol Mohamed Salah.
Aksi cemerlang beliau membuatkan Minamino mulai menjadi perhatian dunia.
Our newest Red 🤩🔴https://t.co/Ery1nB5dXi
— Liverpool FC (@LFC) December 19, 2019
Liverpool menyatakan: “Liverpool boleh mengesahkan perjanjian telah dicapai dengan Red Bull Salzburg untuk perpindahan Takumi Minamino.”
“Penyerang antarabangsa Jepun ini, secara rasminya akan menjadi pemain Reds pada 1 Januari.”
“Minamino berjaya melengkapkan terma peribadi serta lulus ujian perubatan di Merseyside pada hari Rabu.”
Takumi Minamino sangat teruja dan menganggap ia adalah impian menjadi kenyataan.
Beliau memberitahu Liverpool FC: “Ini adalah mimpi, ianya impian saya untuk menjadi pemain Liverpool FC. Saya sangat gembira ia kini sudah menjadi kenyataan.”
Minamino menyatakan beliau sudah lama berimpian mahu beraksi di EPL yang merupakan liga terbaik dunia.
“Saya memang sudah menanam impian untuk beraksi di Liga Perdanan Inggeris, yang saya rasa merupakan liga terbaik di dunia ketika ini,” tambah beliau lagi kepada Liverpool FC.
“Saya berusaha mengembangkan karier saya, agar suatu hari nanti saya berjaya bermain di Liga Perdana Inggeris.”
“Namun saya tidak pernah terfikir langsung yang saya akan bermain dengan pasukan ini.”
“Saya sangat gembira dan sudah tak sabar untuk menikmati detik-detik ini.”
Takumi Minamino mulai dikaitkan dengan Liverpool selepas laporan beberapa media yang dekat dengan Liverpool menyatakan kelab itu berminat dengan pemain antarabangsa Jepun itu.
We can confirm an agreement has been reached with @redbullsalzburg for the transfer of Takumi Minamino 🙌
リヴァプールフットボールクラブは南野拓実選手の移籍についてレッドブル・ザルツブルクと合意に達したことを発表する pic.twitter.com/2yH2N0v3Y1
— Liverpool FC (@LFC) December 19, 2019
Takumi Minamino kemudian berikrar mahu membantu pasukan Liverpool menjuarai EPL dan Liga Juara-Juara Eropah.
“Sasaran saya adalah untuk memenangi EPL dan UCL. Saya juga mahu memberikan sumbangan terbaik untuk pasukan ini.”
Liverpool dilaporkan membayar klausa pelepasan sebanyak £7.25 juta untuk pemain tersebut yang mereka rasakan bernilai lebih £20 juta.
Jurgen Klopp turut teruja kerana berjaya mendapatkan Takumi Minamino di dalam pasukannya.
Liverpool kini berada di Qatar untuk Piala Dunia kelab.
Liverpool dilaporkan telah menewaskan beberapa kelab lain untuk mendapatkan Minamino. Ini termasuk Manchester United yang dikatakan tidak tahu pemain ini ada klausa pelepasan murah.
Takumi Minamino dijangka akan membuat debut untuk Liverpool dalam aksi Piala FA menentang Everton pada Januari nanti.
Selain daripada penyokong Liverpool, para penyokong Samurai Biru juga meraikan kejayaan pemain mereka menyertai juara Eropah.