Milan Berjaya Menewaskan Pasukan Bodo Dan Memecahkan Rekod Kelab

AC Milan berjaya untuk mara ke play off saingan Europa League setelah cemerlang menewaskan Bodo/ Glimt 3-2, lalu memecahkan rekod kelab dengan tidak terkalahkan dalam 16 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Milan dipilih sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan menentang Bodo dan mereka menepati ramalan dengan memenangi perlawanan tersebut.

Bodo turut menentang Milan pada pusingan kelayakan ketiga Europa League yang berlangsung awal pagi tadi.

Milan terpaksa melayan kunjungan Bodo tanpa pemain utamanya, Zlatan Ibrahimovic yang sebelum ini telah disahkan positif cv19.

Legenda Sweden itu sedang dalam prestasi terbaiknya ketika ini dengan menjaringkan dua gol ketika berdepan Bologna dan turut menjaringkan gol ketika bertemu Shamrock.

Posisi no. 9 Zlatan telah digantikan dengan penyerang berusia 18 tahun, Lorenzo Colombo.

Dan pemain muda itu berjaya memberikan impak yang sangat sempurna di atas padang.

Colombo berjaya memperkenalkan dirinya di pentas Eropah dengan menjaringkan gol dalam debutnya dan membantu pasukannya untuk menang.

Walaupun Milan sekadar bertemu dengan pasukan Bodo dan tidak bertemu dengan pasukan pilihan lain, namun Bodo tetap memberi saingan luar biasa kepada Milan.

Bodo terlebih dahulu menjaringkan gol seawal minit ke-15 perlawanan menerusi Kasper Junker.

Sayang sekali jaringan dari pemain Bodo itu hanya bertahan selama seminit sahaja sebelum Milan menyamakan kedudukan menerusi gol dari Calhanoglu untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bodo ternyata sukar untuk membalasnya. Taktikal Bodo tidak cukup bijak dalam usaha mereka mahu mendapatkan jaringan balas.

Bodo akhirnya dihukum sekali lagi pada minit ke-32 perlawanan menerusi gol dari Colombo. Pemain muda itu dilihat sangat tenang dan lebih berkeyakinan dalam perlawanan yang dianggap besar untuknya.

Hakan Calhanoglu sekali lagi menjaringkan gol untuk AC Milan pada minit ke-50 perlawanan. Beliau sememangnya telah mempamerkan kualiti yang hebat dalam beberapa perlawanan terakhirnya.

Bodo tetap cuba untuk bangkit dan memberi saingan sengit kepada Milan dengan berjaya menjaringkan gol lima minit selepas gol jaringan dari Hakan Calhanoglu.

Kali ini Jens Petter Hauge membuatkan Milan cemas dengan aksi Bodo yang ternyata tidak mudah diperbodohkan.

Bodo mendapat peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan ketika perlawanan masuk ke masa kecederaan namun peluang itu gagal ditukarkan kepada jaringan.

Perlawanan tamat dengan keputusan Milan menewaskan Bodo 3-2.

AC Milan berjaya untuk mara ke playoff Europa League musim ini dan bakal bertemu dengan Rio Ave.

Selepas digantung dari kejohanan Eropah musim lalu, Milan pastinya mahu layak ke saingan Europa League musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.