Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, dilaporkan mahu Mari ke Arsenal dengan segera iaitu pada perpindahan Januari kali ini.
Arsenal kini berhadapan dengan krisis kecederaan di pertahanan. Mikel Arteta mendapat sedikit perkhabaran gembira dengan kecergasan Sokratis yang kembali berlatih.
Namun begitu Arsenal masih mahu menyelesaikan isu kualiti pertahanan mereka yang terlalu banyak bolos musim ini. Ini juga ditambah dengan Callum Chambers yang cedera panjang kerana kecederaan.
Beberapa pemain kini dalam sasaran oleh Arsenal. Ini termasuk dikaitkan dengan John Stones.
Namun begitu usaha itu agak kurang realistik memandangkan Manchester City juga sedang berdepan dengan krisis kecergasan para pemain pertahanan. Man City baru sahaja mendapat semula khidmat Aymeric Laporte daripada kecederaan.
Oleh itu Mikel Arteta dilaporkan mahu Mari ke Arsenal untuk menyertai pasukan beliau. Pablo Mari diharapkan akan dapat memberikan tambahan kepada pasukan Arsenal.
Arsenal dijangka bakal melengkapkan perpindahan pemain itu, dalam masa yang terdekat. Ini gara-gara tersebar satu gambar yang memaparkan pemain itu sedang berbincang dengan Pengarah Teknikal Arsenal, Edu.
BREAKING: The agent of Pablo Mari posted this photograph on his Instagram story in the last hour. Confirms that the player has now arrived in England #Mari #AFC #Arsenal pic.twitter.com/VBDV50jwTO
— TransferGeezer (@TransferGeezer) January 25, 2020
Bek tengah Flamengo itu dilaporkan terbang ke London untuk berjumpa dengan Edu bagi membincangkan perpindahannya ke Arsenal. Dan dijangka akan menjalani ujian medical segera sebaik sahaja segala perbincangan berjaya menemui kata putus.
Pablo Mari merupakan bek tengah yang baru berusia 26 tahun. Pemain ini berada di dalam radar Mikel Arteta kerana dirasakan sesuai dengan corak permainan taktikal di Arsenal.
Mikel Arteta mengenali pemain itu ketika di Manchester City sebelum ini. Beliau pernah dipinjamkan oleh Man City ke Girona pada 2016. Selepas itu Pablo Mari sekali lagi dipinjamkan ke NAC Breda, diikutil Deportivo La Coruna di Spain.
Selepas beberapa siri tempoh pinjaman, Pablo Mari menyertai Flamengo dengan nilai £1 juta. Beliau menjadi pemain penting di dalam pasukan yang dibimbing oleh Jorge Jesus.
Mari bermain 30 kali untuk Flamengo pada musim 2019. Membantu pasukan itu menjulang Copa Libertadores. Kejuaraan yang membawa mereka kepada Piala Dunia Kelab di Qatar.
Flamengo Mara ke final Piala Dunia Kelab 2019. Namun malangnya mereka ditumpaskan oleh Liverpool dalam perlawanan akhir.
Globo Esporte di Brazil menegaskan bahawa Flamengo sangat berharap perjanjian ini akan dapat direalisasikan. Mereka juga berharap mereka akan mendapat £7 juta daripada hasil penjualan Pablo Mari.
Arsenal masih berusaha untuk memperbaiki kedudukan mereka pada carta Liga Perdana Inggeris.
Mereka masih bergelut dengan konsistensi di dalam permainan. Namun begitu erdapat beberapa perkara yang positif sejak Mikel Arteta mengambil alih daripada Unai Emery.
Beberapa pemain seperti Granit Xhaka telah meningkat naik. Pemain tengah dan playmaker, Mesut Ozil pula kembali menjadi pemain utama di dalam pasukan The Gunners.