Mike Tyson menganggap Floyd Mayweather sebagai seorang yang delusi. Ini apabila Floyd Mayweather mengiktiraf dirinya sebagai petinju terbaik sepanjang zaman, dan megatasi Muhammad Ali.
Muhammad Ali terkenal dengan gelaran The Greatest di dalam lapangan tinju kerana kehebatan beliau dan juga perjuangan beliau di dalam kariernya.
Ali dikenali dengan gaya pertarungan yang sangat menarik dan menyerang. Berbeza dengan Mayweather yang lebih kepada gaya bertahan.
Ada satu pertarungan di mana Floyd Mayweather banyak melarikan diri di atas gelanggang ketika berhadapan dengan Pacman.
Mayweather membanggakan rekod 50-0 beliau di lapangan tinju. Namun bagi Tyson rekod itu bukan bermaksud beliau petinju terbaik sepanjang zaman, terutama sekali mahu membandingkan dirinya dengan Muhammad Ali.
Numbers don’t lie and boxrec told the truth.
@greg_tmt @badiesel1 pic.twitter.com/wTF4dI39C3— Floyd Mayweather (@FloydMayweather) August 13, 2019
Menurut Tyson, jangankan nak kata lebih bagus daripada Muhammad Ali, malah Mayweather jauh sekali daripada taraf yang sama dengan petinju legenda tersebut.
“Mayweather sangat delusi / khayal. Dengar sini, jika beliau hampir sama taraf dengan Muhammad Ali, beliau akan mampu menghantar anak dia ke sekolah secara bersendirian (tanpa ditemani orang lain/pengawal).”
“Ok, apabila dia tak mampu nak menghantar anak dia ke sekolah dengan seorang diri, dan kini dia bercakap soal dia petinju paling agung?”
“Petinju yang agung itu bukan hanya berani melindungi dirinya sendiri, namun anda perlu melindungi orang lain dan diterima oleh masyarakat.”
“Dia, nak ambil anak ke sekolah pun tak mampu. Nampak sangat dia hanyalah manusia kerdil, yang penuh ketakutan,”
Mayweather ada 4 orang anak iaitu Koraun, Zion Shamaree, Jirah, dan Iyanna.
Secara umumnya, Muhammad Ali merupakan ikon tinju yang sangat disenangi masyarakat daripada pelbagai latar. Beliau banyak sekali menyumbang kepada kebajikan dan juga memberikan ceramah yang menjurus kepada kebaikan.
Berbeza dengan Mayweather yang banyak sekali kontroversi untuk dijadikan role model oleh anak muda. Mayweather juga suka menunjuk-nunjukkan kemewahan dan wang beliau di media sosial.
Kerana bagi Mayweather, wang adalah segala-galanya.
Mike Tyson menilai petinju yang hebat itu dengan rekod di dalam gelanggang dan juga di luar gelanggang. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan Tyson.
Walaupun sudah mengumumkan bersara daripada dunia tinju, namun Mayweather tetap menerima beberapa jemputan pertarungan pertunjukan.
Awal 2019, beliau terus membuat duit berhadapan dengan petinju muda Jepun, Tenshin Nasukawa.
Mayweather menang dalam pertarungan itu hanya dalam pusingan pertama. Dan hasil kemenangan pusingan pertama itu, Mayweather menerika $9 juta (£7.1 juta) untuk kerja 9 minit.
💴 Floyd Mayweather flaunting some of the $9million worth of Japanese yen (¥982million) he made against Tenshin Nasukawa. Technically still earning nine figures. pic.twitter.com/DiNA1PNy4N
— Michael Benson (@MichaelBensonn) January 2, 2019
Dan sebelum ini beliau berhadapan dengan Conor McGregor dalam pertarungan yang memberikan wang yang sangat besar.