Mike Tyson: ‘God of War’ Bangkitkan Saya Dari Tidur

Mike Tyson nampaknya sudah mempersiapkan diri untuk kembali ke arena pertarungan.

Kali ini legenda tinju itu berkata tidak ada siapa yang boleh menghalang beliau untuk kembali ke gelanggang pertarungan

Ikon tinju berusia 53 tahun itu sebelum ini mendedahkan telah kembali ke gelanggang latihan, dan sedang mempertimbangkan akan keluar dari persaraan bermula dengan satu perlawanan amal.

Ia adalah langkah mengejutkan dari Tyson kerana sebelum ini beliau mengubah personaliti dirinya setelah mengumumkan persaraan, dan meninggalkan arena yang dianggap ganas dan lasak itu.

Dan beliau berkata jika beliau kembali, ia harus kerana sebab yang positif untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Bayangkan saya pergi ke luar sana dan berlawan,” kata bekas juara dunia itu,

“Saya berpeluang untuk membantu semua orang atau haiwan yang kita semua perkatakan [mengalami kesukaran]. Ia harus atas sebab sebegitu.”

Diberikan ‘Iron Mike’, Tyson bagaimanapun tidak melihat aksi beliau kembali ke gelanggang sebagai satu pertarungan ringan.

“Apabila ditanya mengenai dirinya yang sukar ditewaskan ketika berada pada prestasi baik pada kemuncak karier, Tyson berkata: ” Saya rasa seperti tidak terkalah sekarang.

“Ianya adalah ‘God of War yang membangkitkan saya dari lena. Dia membangkitkan kembali ego dalam diri saya untuk kembali berperang di dalam arena.”

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.