Michael Schumacher, Kisah Pemandu Terbaik Dalam Sejarah Formula 1

Sukan F1 menghadapi penurunan audien di seluruh dunia. Membuatkan semakin banyak negara mulai menolak untuk menganjurkan sukan ini.

Namun begitu, satu ketika dahulu, satu nama lagenda yang pernah meletakkan F1 sebagai antara sukan yang paling ditonton di dunia adalah Michael Schumacher. Lagenda yang sinonim dengan Ferrari.

Schumacher bukan seorang pemandu yang bergantung kepada enjin dan kejuruteraan semata-mata, beliau adalah pakar taktikal dan pemandu dengan deria ke-6 dalam F1.

Beliau pernah menamatkan saingan di tangga ke-2 hanya dengan gear 5 sahaja selepas berlaku masalah pada kotak gear kereta beliau. Mekanik beliau sendiri takjub dengan kemampuan pemandu ini mengendalikan kereta.

Hampir kesemua pemandu F1 tidak mampu mengendalikan kereta tersebut dengan gear 5 sahaja kerana gear tersekat.

Awal Karier

Schumacher mulai menceburi sukan lumba kereta ini pada usia sangat muda. Pada usia 5 tahun beliau sudah menjulang piala go-kart.

Beliau hanya memandu go-kart yang murah dan tiada modifikasi. Ini kerana keluarga Schmacher bukan orang berkemampuan. Bahkan, tayar go-kart beliau ketika itu pun tidak ditukar langsung sepanjang temasya.

Pada 1988, Schumacher menyertai sukan lumba kereta. Beliau berjaya menyertai 2 kejohanan domestik di Jerman iaitu German Formula Ford dan Formula König. Beliau berjaya menang 2 kejohanan itu.

Bakat yang ada pada Schumacher telah dikesan oleh Willi Weber. Weber mengikat Schumacher dengan kontrak bersama pasukan Formula 3.

Juara Formula 3

Dalam perlumbaan Formula 3 pertamanya pada tahun 1989 Schumacher menduduki tempat ketiga. Beliau kemudian meningkatkan presasti beliau dan menjuarai Formula 3 pada tahun 1990.

Dalam pusingan terahir Formula 3 tahun 1990, Schumacher ditewaskan oleh Mika Hakkinen. Orang yang akan menjadi seteru utama beliau suatu hari nanti.

Foto – Red Bull

Kecemerlangan Schumacher membolehkan pemandu legenda ini ditawarkan peluang untuk berlumba di Formula 1 dengan pasukan Jordan.

Schumacher cemerlang dalam debut beliau. Menamatkan sesi kelayakan di tangga ke-7. Namun gagal menamatkan perlumbaan sebenar kerana masalah enjin.

Dipancing Benetton

Hanya selepas berlumba satu perlumbaan untuk Jordan, Schumacher telah menyertai sebuah pasukan yang lebih besar iaitu Benetton.

Schumacher membuatkan dunia beralih perhatian kepada prospek pelumba muda ini. Beliau menewaskan Nelson Piquet 4 kali daripada 5 sesi kelayakan. Nelson Piquet ketika itu gah dengan status juara dunia 3 kali.

Beliau mulai digelar pakar sesi kelayakan. Kemenagan podium pertama beliau hadir pada 30 Ogos 1992. Musim yang sama beliau menamatkan cabaran di tangga ke-3. 1 mata di atas legenda Ayrton Senna.

Juara Kontrovesi 1994

Kejuaraan pertama Schumacher dalam F1 hadir pada 1994. Namun ianya agak kontroversi. Schumacher cemerlang menjuarai 6 daripada 7 perlumbaan. Beliau sudah berkira-kira untuk menjadi juara.

Namun Schumacher telah digantung 2 perlumbaan pada pertengahan musim selepas pasukan beliau, Benetton dituduh tidak menunjukkan semangat kesukanan dalam beberapa insiden kontroversi.

Foto – Formula 1

Dalam perlumbaan penentuan kejuaraan di di Adelaide Schumacher telah memandu dengan bahaya pada pusingan ke-36, dan menyebabkan Damon Hill kemalangan. Itulah hari beliau dinobatkan sebagai juara dunia pertama kali.

Tahun berikutnya, beliau menjuarai F1 secara berganda (back to back) pada usia hanya 26 tahun. Menjadikan beliau juara berganda termuda dalam sejarak F1.

Menyertai Ferrari

Namun satu berita mengejutkan ramai pihak apabila Schumacher menyertai Ferrari pada 1995. Sebuah pasukan yang sangat bermasalah.

Schumacher telah menjadi pelumba yang telah menghidupkan semula Ferrari di saingan formula satu selepas beberapa musim mengeluarkan kereta dianggap ‘sampah’ oleh pelumba mereka sendiri.

Boleh dikatakan di seluruh dunia termasuk di Malaysia, ramai peminat Formula 1 mengikuti pasukan Ferrari kerana Schumacher.

Pada tahun 1996, rakan sepasukan Schumacher Eddie Irvine menganggap dia dan Schumacher telah diberikan kereta ‘sampah’ yang tidak boleh dipandu.

“Kereta ini hampir tidak ada siapa mampun memandunya. Mungkin hanya Senna dan Schumie yang boleh memandu kereta ini.”

Irvine sudah membayangkan rakannya itu seperti legenda Ayrton Senna. Kata-kata Irvine itu ternyata benar apabila aksi luar biasa Schumacher mengendalikan kereta bermasalah itu pada satu perlumbaan di GP Sepanyol dalam cuaca hujan.

Schumacher telah dipintas dari tangga ke-3 ke tangga ke-6. Ini kerana kereta Ferrari yang dipandunya sangat sukar dikendalikan dalam cuaca hujan.

Yang mengagumkan, Schumacher telah memintas pelumba seorang-demi seorang. Antaranya Jean Alesi dan kemudiannya Jacques Villeneuve dalam keadaan penglihatan terhalang kerana percikan air.

Tidak ramai pemandu mampu melakukannya. Schumacher mengendalikannya dengan sangat baik sekali. Beliau memenangi GP Sepanyol.

Itulah kemenangan pertama beliau untuk Ferrari. Tidak ada seorang jurutera berani mengambil kredit kejayaan itu daripada beliau. Schumacher di hadapan dengan 45 saat!

Kontroversi Jerez 1997

Pada Oktober 1997, Schumacher terlibat dalam aksi penentuan kontroversi sekali lagi di litar Jerez, Kanada. Beliau telah cuba memintas Jacques Villeneueve dalam keadaan berbahaya.

Schumacher menghimpit Villenueve, namun kereta beliau terbabas. Ramai mengecam tidakan Schumacher itu dan merasakan beliau mendapat pembalasan kerana sikap tidak ada semangat kesukanan.

Apabila mengenangkan kembali insiden itu, Schumacher mengakui ia memalukan dan beliau tidak sepatutnya berbuat begitu.

“Jika saya diberikan peluang untuk memadamkan satu episod perlumbaan dalam karier saya, saya akan memilih untuk memadamkan perlumbaan di Jerez.”

Saingan Dari Mika Hakkinen

Pada musim 1999, Schumacher telah dihampakan oleh seteru unggul beliau Mika Hakkinen. Dalam persaingan di Litar Silverstone, brek kereta beliau gagal dan kerta beliau terbabas.

Beliau tewas dalam persaingan pelumba namun Ferrari menang dalam kategori pengeluar. Kejuaraan pertama Ferrari sebagai pengeluar sejak 1983.

Musim 2000 adalah musim yang paling diingati dan digemari peminat F1. Ramai peminat sukan ini termasuk di Malaysia mulai mewujudkan perseteruan kem Schucmacher vs kem Hakkinen.

Setelah melalui musim yang panjang, Schumacher menjuarai musim tersebut. Itulah kejuaraan pertama beliau bersama Ferrari. Ini adalah titik permulaan penting untuk beliau mendominasi sukan ini.

Menjadi Yang Terbaik

Pada musim 2001, Schumacher terlalu hebat untuk pelumba lain. Beliau menjadi juara menunggu musim tersebut dengan mudah.

Pada musim 2002, anda pastinya masih ingat detik kontroversi apabila Ruben Barichello diarahkan oleh pegawai pasukan mereka untuk ‘pass’ kepada Schumacher pada beberapa ratus meter terakhir agar Schumi menang dalam perlumbaan itu.

Itu satu tindakan yang sama sekali tidak perlu kerana Schumacher masih punyai kelebihan. Jelas terpancar wajah kecewa pada Ruben Barichello.

Schumacher kecewa dengan arahan pasukan (team order) tersebut dan beliau terkejut apabila mendengar arahan itu. Di atas podium Schumacher menyerahkan piala kepada Barichello.

Schumacher tidak mahu berdiri di atas podium no.1, kerana rakannya lebih berhak.

https://www.youtube.com/watch?v=PNZf7RBNcrM

Ia adalah antara keputusan paling bodoh dibuat oleh Ferrari yang telah mencalarkan imej Schumacher dengan ‘team order’ yang terkutuk. Ia juga menandakan tamatanya era Barichello dengan Ferrari.

Pada musim 2002, Schumacher menyamai rekod Mannuel Fangio untuk menjulang kejuaraan ke-5. Beliau kini akan berpeluang untuk menjadi yang terhebat.

Pada musim 2004, Schumi menjuarai kejuaraan ke-7 mereka. Beliau mendominasi musim tersebut dengan 11 kemenangan daripada 12.

Skandal ‘Rascasse-gate’

Isiden ‘Rascasse-gate’ menjadi antara kisah kontroversi pada 2006. Ianya apabila Schumacher telah memarkir kereta beliau di selekoh Rascasse untuk menghalang Fernando Alonso menewakan beliau pada pusingan kelayakan.

Beliau berpura-pura keretanya ada masalah.

Bersara, Kembali dan Bersara Sekali Lagi

Selepas kejuaraan ke-7, Schumacher semakin sukar untuk mendapat kejuaraan ke-8. Ini kerana munculnya Fernando Alonso yang semakin meningkat.

Pada masa yang sama, Ferrari sekali lagi gagal untuk mencari inovasi lebih baik dalam kereta mereka. Pada 2009, Schumacher mengumumkan persaraan beliau.

Namun Schumacher meninggalkan litar dengan aksi memukau. Mengakhiri perlumbaan di tangga ke-4 selepas satu ketika berada di tangga ke-19. Cara pemanduan beliau memang luar biasa.

MAX F1

3 tahun selepas itu, beliau mengumumkan pusingan U untuk menyertai pasukan Marcedes. Pasukan beliau ketika remaja. Kepulangan beliau lebih kepada kerana Ross Brawn dilantik menjadi pengetua pasukan Marcedes.

Brown adalah watak penting bersama Schumacher dalam memberikan kegemilangan kepada Ferrari dan beliau mahu bergabung semula dengan Schumi.

Pada Jun 2012, beliau mendududuki podium sekali lagi. Namun musim tersebut beliau lebih kepada watak sampingan kerana Nico Rosberg meningkat mendadak prestinya.

Selepas tamat musim 2012, Schumacher tidak pasti sama ada beliau akan kekal pada musim akan datang. Akhirnya Marcedes menandatangani Lewis Hamilton.

Schumacher bersara penuh pada usia 43 tahun sebagai pemandu Formula 1 paling berjaya dalam sejarah.

Bertarung Nyawa

Selepas bersara, tragedi menimpa beliau pada 2013 apabila kepalanya terhantuk di atas batu ketika meluncur salji di Meribel.

Beliau koma dan menjalani 2 pembedahan untuk menyelamatkan nyawa beliau. Selepas 6 bulan menjalani rawatan intensif di Grenoble, Schumacher bangkit dari koma dan beliau meneruskan rawatan di Switzerland.

Hingga ke hari ini masih tiada siapa yang dapat memberikan status sebenar keadaan Schumacher. Ahli keluarga beliau enggan menjaja sebarang kisah tentang Schumacher.

Namun, baru-baru ini, bekas bos beliau di Ferarri, Luca di Montezemolo membayangkan keadaan Schumacher tidak begitu bagus.

Namun beliau percaya, ‘hero’ itu akan terus melawan dan bersama semula dengan pasukan mereka pada suatu hari nanti.

Hanya Ada 1 Schumacher

Itulah serba sedikit kisah tentang Michael Schumacher. Pelumba yang menjadi idola ramai. Beliau adalah definisi kepada kehebatan sebenar di atas lita.

Michael Schumacher masih lagi pemadu terbaik dalam sejarah Formula 1.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.