Michael Phelps, Kisah Perenang Dan Atlet Olimpik Terbaik Sepanjang Zaman

Leo Maestro 1 minggu yang lalu

Michael Phelps merupakan perenang dan atlet Olimpik yang paling berjaya dalam sejarah sukan manusia. Beliau memiliki 28 pingat Olimpik dan tiada atlet lain yang lebih daripada beliau setakat ini.

Phelps tahu yang rekod beliau akan tetap dipecahkan pada suatu hari nanti. Kerana beliau sendiri pernah melakukannya pada satu ketika dahulu.

“Rekod itu sentiasa dicipta untuk dipecahkan. Tidak kira siapa pun yang akan melakukannya.”

Awal Karier

Michael Phelps lagir di Baltimor pada 30 Jun 1985. Beliau menyertai sukan olimpik sejak berusia 15 tahun lagi bersama-sama dengan pasukan renang Amerika Syarikat (AS).

Pada usia kecilnya, Phelps mengikut ibunya selepas orang tuanya bercerai. Phelps lahir dalam keluarga yang agak senang. Ayahnya adalah pesara tentera manakala ibunya pengetua sekolah.

Ketika sekolah rendah lagi Phelps dan 2 orang kakaknya menyertai pasukan renang di daerah dan sekolah mereka. Kakaknya Britney sangat berbakat dalam renang dan dipilih untuk saringan ke sukan olimpik. Namun terpaksa melupakan karier kerana kecederaan serius.

Phelps kanak-kanak yang takutkan air. Pada usia 7 tahun dia masih menggigil masuk ke kolam renang walaupun cetek. Namun dia sangat minat dengan sukan renang kerana kakaknya.

Kemudian, ibunya mengupah instructor untuk mengajar Phelps berenang. Phelps mulai belajar berenang dengan posisi terlentang.

Phelps lebih suka dengan gaya lentang dan masih berasa kurang selamat berenang dalam posisi biasa. Maka tak hairanlah Phelps menjadi pakar acara kuak lentang sepanjang karier beliau.

Cita-Cita

Selepas menyaksikan acara renang Sukan Olimpik 1994 yang dianjurkan di Amerika Syarikat, Phelps mahu menjadi seperti Tom Malchow dan Tom Dolan.

Lalu Phelps meminta ibunya mencarikan kelab renang. Dan beliau menyertai skuad renang Sekolah Tinggi Loyola. Beliau bertemu dengan jurulatih profesional Bob Bowman.

Bakat Phelps sangat luar biasa. Pada usia 14 tahun beliau sudah berjaya menyertai pasukan renang AS (B). Pada usia 15 tahun beliau berjaya memasuki slot untuk ke sukan olimpik 2000.

Beliau menjadi atlet paling muda dalam tempoh 68 tahun untuk menyertai sukan olimpik di Sydney. Phelps gagal menang sebarang pingat ketika itu, tetapi suasana olimpik telah memberikan beliau lebih keyakinan untuk bertanding.

Bermain Dengan Rekod Dunia

Selepas pulang dari Olimpik Sydney, Phelps mengejutkan dnia dengan memecahkan rekod dunia dalam acara 200 meter kupu-kupu. Menjadikan beliau perenang termuda pernah memegang rekod dunia pada usia 15 tahun dan 9 bulan.

Dalam kejohanan dunia di Fukuoka, Jepun pada 2001, Phelps memecahkan rekod dunia milik beliau itu dan menang pingat emas kejohanan dunia yang pertama.

Beliau kemudian meningkatkan penguasaan dalam acara 400 meter rampaian, 200 meter rampaian dan 100 meter kupu-kupu. Sempat juga beliau memecahkan rekod dunia dalam acara 400 meter individu rampaian.

Pada 2003, dalam usia 17 tahun, Phelps sudah memiliki 5 rekod dunia. Dalam sesi pemilihan untuk ke Sukan Olimpik 2004, beliau memecahkan rekod dunia 400 meter rampaian sekali lagi.

Reputasi beliau menjadikan dia bintang dalam Sukan Olimpik Athens pasda 2004. Beliau menang 8 pingat, 6 daripadanya adalah emas dan 2 adalah gangsa.

Menjadikan beliau pemenang pingat emas terbanyak dalam satu temasya olimpik, sama dengan Aleksandr Dityatin, ketika dalam acara gimnastik pada Sukan Olimpik 1980.

Phelps kemudian mengikut Bowman dan belajar di Universiti Michigan dalam jurusan Permasaran dan Pengurusan Sukan.

Olimpik Beijing

Phelps terus memecah rekod demi rekod dan memenangi pingat demi pingat sepanjang 2006 dan 2007. Beliau menjadi atlet utama untuk AS dalam acara renang untuk Sukan Olimpik Beijing 2008.

Phelps menang 8 emas di Beijing. 7 daripada emas beliau adalah dengan rekod dunia kecuali acara 100 meter kupu-kupu.

Phelps memecahkan pencapaian Mark Spitz untuk atlet terbanyak memenangi emas dalam satu temasya olimpik. Spitz menang 7 emas pada Sukan Olimpik 1972.

Dalam sukan Olimpik 2012, beliau menambah koleksi pingat olimpik kepada 22 secara keseluruhannya. Beliau memecahkan rekod gimnas Larisa Latynina untuk menjadi pemenang pingat olimpik terbanyak.

Phelps menang 4 emas di London 2012 dan mengumumkan persaraan beliau daripada sukan renang.

Kembali Semula

2 tahun selepas itu, Phelps mengumumkan akan kembali semula ke sukan renang dan yakin masih boleh bersaing. Beliau berjaya masuk ke dalam senarai atlet AS untuk Sukan Olimpik Rio.

Jurulatih beliau Bob Bowman agak geram dengan Phelps kerana mereka kini akan buat banyak kerja untuk mendapatkan semula rentak renangan Phelps.

“Dia tahu ke apa yang dia sedang buat sekarang? Dia nak kembali ini untuk suka-suka ataupun serius untuk menang? Yang pasti kali ini saya kena sediakan pelan jangka pendek untuk dia.”

Phelps menyertai beberapa kejohanan kecil dan kemudia menyerta kejohanan Pan Pasifik di Australia. Agak mengagumkan dia menang 3 emas di situ.

Olimpik Terakhir

Pada 2016, Phelps bertandang ke Sukan Olimpik Rio. Beliau dihentam teruk oleh media kerana sebelum datang ke sini telah ditangkap polis kerana memandu dalam keadaan membahayakan.

Benda itu membuatkan Phelps perlu menguatkan fokus di kolam renang. Beliau kali ini disaingi oleh perenang sensasi Ryan Lochte.

Pada 7 Ogos 2016, Phelps menang pingat emas ke-19 beliau dalam olimpik. 2 hari selepas itu, beluau menang emas ke-20 dan ke-21 dalam acara 200 meter kupu-kupu dan 4 x 200 meter bebas.

Phelps kemudian bersaing dalam acara 200 meter rampaian berhadapan rakan senegara, Ryan Lochte yang juga pemenang rekod dunia acara tersebut.

Phelps berjaya menewaskan Lochte da menjadikan beliau atlet pertama menang acara yang sama dalam 4 olimpik berturut-turut.

Seterusnya beliau bertarung dalam acara 100 meter kupu-kupu. ali ini beliau tewas di tangan peminat beliau, Joseph Schooling dari Singapura.

Seterusnya, pusat akuatik dipenuhi dengan emosi. Phelps akan bersaing dalam acara terakhir beliau dalam sukan olimpik.

Tidak siapa meyangka beliau akan kembali semula ke gelanggang olimpik dan memenangi 4 emas. Phelps membantu pasukan AS menang acara 4×100 meter rampaian.

Beliau menerima penghormatan dari seluruh ceruk pusat akuatik. Ramai juga menitiskan air mata menyaksikan peraenang dan olimpian terbaik di dalam sejarah akan meninggalkan kolam renang selepas ini.

Loche memberitahu media, beliau yakin Phelps akan kembali pada 2020 tetapi Phelps menyatakan beliau benar-benar mahu bersara. Phelps mahu meluangkan masa dengan keluarga terutama sekali anaknya.

Dalam sukan olimpik terakhir beliau, Phelps memenangi 5 emas dan 1 perak. Beliau juga menjadi perenang menang 4 emas dalam 4 sukan olimpik berturut-turut dalam acara 200 meter rampaian.

Terbaik Sepanjang Zaman

Sepanjang karier Phelps, beliau berjaya memenangi pingat dalam 4 temasya olimpik di Athens, Beijing, London dan Rio. 28 pingat olimpik, 23 daripadanya ialah emas, 3 perak dan 2 lagi adalah pingat gangsa.

Menjadikan beliau pemenang pingat emas ataupun pingat olimpik paling banyak dalam sejarah. Pada 2012, beliau pernah mengumumkan persaraan. Tetapi kembali semula pada 2014 ketika beliau meraikan hari jadi ke-28 ketika itu.


SHARE ()