Mesut Ozil Tidak Disenaraikan Dalam 25 Pemain Arsenal Untuk Saingan Premier League Musim Ini

Mesut Ozil terus dirundung pilu dan malang untuknya kian berterusan. Setelah melalui pelbagai kesukaran, beliau kini secara rasminya telah digugurkan daripada skuad utama Arsenal dalam saingan premier league.

Khabar duka tersebut pastinya meninggalkan impak yang mendalam untuk Ozil terutama kepada perjalanan kariernya.

Sebelum ini pemenang Piala Dunia bersama Jerman itu telah digugurkan daripada skuad utama Gunners untuk saingan Europa League.

Keputusan mengejutkan itu menyaksikan Arsenal bakal membiarkan pemain bergaji £350,000 itu tidak bermain dalam dua kejohanan utama mereka musim ini.

Maka Ozil akan memperoleh pendapatan yang lumayan dengan tidak perlu bermain dalam dua kejohanan besar untuk skuadnya.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa Arsenal sebenarnya sedang dalam usaha untuk melepaskan Mesut Ozil, namun masih gagal untuk mendapatkan pembeli.

Hal ini kerana, bekas bintang Madrid itu tidak mahu menerima cadangan untuk pemotongan gaji baik bersama Arsenal mahupun kelab lain.

Tidak ada kelab yang mampu dan sanggup untuk membayar Ozil dengan gaji yang begitu tinggi.

Sebelum ini juga terdapat laporan yang menyatakan bahawa ada sebuah kelab dari Arab yang sangat berminat untuk mendapatkan Mesut Ozil.

Tetapi Mesut Ozil telah menegaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Arsenal untuk sertai mana-mana kelab sehingga kontraknya tamat.

Kegagalan Arsenal melepaskan beberapa pemain yang tidak berada dalam perancangan Arteta membuatkan situasi di Emirate menjadi semakin rumit.

Selain Ozil, nama pemain seperti Sokratis juga turut diketepikan dari kedua-dua kejohanan besar untuk the Gunners.

Mesut Ozil sudah tidak beraksi sejak musim ini disambung semula. Kali terakhir beliau beraksi adalah pada Mac lalu.

Sebelum ini juga Ozil telah dipuji oleh para peminat bola sepak kerana dengan rendah hatinya telah bersetuju untuk membayar gaji Gunnersaurus.

Gunnersaurus merupakan maskot untuk pasukan Arsenal dan kontraknya telah ditamatkan oleh kelab kerana kelab mahu menjimatkan perbelanjaan tahunan mereka.

Ozil tampil menawarkan untuk membayar gaji maskot legenda Arsenal itu selagi mana beliau masih menjadi pemain Gunners.

Berita ini pastinya membuatkan para peminat Arsenal yang benar-benar mahu melihat bintang Jerman itu kembali beraksi berasa sedih.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.