Mesut Ozil Menganjing Arteta: “Percaya Kepada Proses”

Mesut Ozil menyindir Arteta menerusi Twitternya. Di mana Ozil memetik kata kata keramat Arteta, trust the proses ataupun percaya kepada proses.

Kata kata Arteta itu beberapa bulan lalu ibarat kata kata seorang pakar kimia. Namun kini semakin ramai yang tidak percayakan proses yang dimaksudkan Arteta.

Peminat Arsenal sangat kecewa. Tiga kali pasukan mereka kalah musim ini tanpa sebarang gol.

Kemaluan Arsenal diteruskan lagi dengan aksi mengaibkan kalah 5-0 di Etihad.

Mana mereka nak letak muka?

Arteta sudah diberikan wang yang banyak untuk membeli pemain yang dia suka. Namun hasilnya sangat teruk. Sagna sebelum ini mempersoalkan, Arteta membelanjakan sejumlah wang bernilai £129 juta hanya untuk membeli deretan pemain muda.

Biasanya dengan wang sebanyak itu pengurus akan mendapat sekurang kurangnya seorang marquee signing.

Tetapi Arteta pula mendapat pemain pemain muda yang dibeli dengan harga jauh lebih mahal daripada market. Seterusnya membeli Ben White yang dipercayai pembelian lebih baik daripada Varane.

Bukan itu sahaja, mendengar Mourinho mahukan Xhaka, Arsenal terus terperasan bahawa mereka memiliki pemain berkelas dunia dan terus menawarkan kontrak baharu.

Hari ini apa Xhaka buat? Dia pergi menerjah kaki orang seperti orang hilang pedoman.

Akhirnya dia kad merah dan pasukannya dikeronyok teruk oleh Manchester City.

Paling gila, Arteta siap menyapa Xhaka ketika pemain itu keluar selepas melakukan kad merah bodoh. Tiada pengurus lain akan berbuat begitu. Kecuali kad merah itu kerana cuba menghalang lawan daripada skor ataupun tactical foul.

Piers Morgan kehairanan dengan sikap Arteta: “Arteta sebenarnya memberikan Xhaka tepukan syabas selepas bodohnya dia dapat kad merah, ketika pasukan kita sudah menjadi sampah.”

“Dia harus dipecat, cukup hanya dengan tindakan seperti ini. Gambar ini rumusan sempurna tentang kepimpinan Arteta – lemah lemah lemah!”

Penyokong Arsenal meraikan gol keempat Man City sebab sudah putus harapan.

Ozil meletakkan ciapan: “Trust the procces ” diikuti emoji hati retak dan muka tahan nak nangis.

Ozil dahulunya, antara manusia yang sangat percayakan proses yang dimaksudkan Arteta.

Mesut Ozil kemudian dilayan teruk oleh Arteta. Dia dianggap tidak cukup bagus untuk Arsenal. Dan Arteta serta pengurusan Arsenal pergi menghantar Ozil ke Turki.

Lebih rasa terhina, Ozil sepanjang musim lalu dibayar oleh Arsenal secara penuh gajinya. Perkara itu disahkan sendiri presiden Fenerbahce yang ketawa riang melihat kebodohan Arsenal masa itu sanggup membayar gaji Ozil demi untuk menghalau pemain itu dari Arsenal.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.