Mesut Ozil ‘Legenda Arsenal’ Dan Harus Dibina Statue Untuknya Di Emirates

Mesut Ozil melalui detik kesukaran dalam kariernya bersama Arsenal kini, dan ia jauh dari zaman kegemilangan beliau yang sering mencipta assists yang menakjubkan di Emirates.

Diketepikan oleh pengurus, Mikel Arteta, ia seolah memperlihatkan bahawa, bintang berusia 32 tahun itu bakal mengakhiri kerjayanya bersama Arsenal tidak lama lagi.

Walau bagaimanapun, Ozil tetap pernah melalui musim yang gemilang. Contohnya, ketika musim 2015/16, beliau cemerlang mencatatkan 19 assists dari 35 perlawanan premier league.

Yang mana, Arsenal pada musim ini jelas kehilangan pemain seperti Ozil dan mereka hilang kreativiti dalam permainan.

Oleh yang demikian, pundit dari Talksport, Adrian Durham berasa tidak wajar untuk pemenang Piala Dunia itu patut dilenyapkan terus dari sejarah Arsenal.

Beliau juga berfikir bahawa Ozil merupakan pemain modern terhebat Arsenal dan berhak dibangunkan tugu untuknya di luar Emirates.

Pada Rabu lalu, beliau telah menyatakan bahawa:

“Tidak dinafikan sama sekali dia seorang yang sangat berbakat dan saya fikir dia sedikit tidak bernasib baik dan saya juga kesian dengan dia.”

“Saya jujurnya sangat sedih tentang hal ini kerana saya menjangkakan yang lebih baik untuknya.”

“Ketika di menandatangani perjanjian pada 2013, saya sudah mengharap lebih banyak darinya. Ia musim panas yang sama Bale pergi ke Real Madrid dan Arsenal ketika itu fikir’ jadi Spurs sudah hilang pemain terbaik mereka dan kita sedang mendapatkan pemain terbaik dunia dan ia hanya akan ada satu perkara saja yang akan berlaku dari semua ini. Kita dalam perjalanan ke atas dan mereka sedang mengalami kemerosotan.’ Tapi ia tidak berjalan seperti apa yang mereka fikir itu.”

“Wenger sudah berakhir dan sudah jauh dari Arsenal. Unai Emery benar-benar tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Dia adalah orang yang tidak akan memenangi sebarang Piala kejuaraan bersama Paris Saint Germain.”

“Arteta secara dasarnya sudah mengalah dengan Mesut Ozil. Dia tidak dapat sokongan dari pengurus yang sepatutnya boleh mendapatkan yang terbaik darinya.”

“Walau bagaimanapun, apa yang saya rasa menakjubkan, saya melihat peminat Arsenal bercakap dengan baik tentang bola sepak di media sosial. Mereka tidak seperti AFTV dan semua yang mengarut itu, ia perbincangan yang bagus dan mereka memanggil Ozil legenda.”

“Mesut Ozil, mereka menganggap dia sebagai legenda Arsenal. Terdapat ramai dari mereka yang bercakap tentang Mesut Ozil sebagai legenda Arsenal.”

“Di era Emirates ini, pernah ada pemain berbakat yang disukai oleh ramai peminat lebih dari dia? Adakah dia berhak untuk dibangunkan tugu untuknya atau itu sudah berlebihan?

“Sekiranya kamu mencari pemain terbaik di era Emirates, saya akan katakan pemain itu adalah Theo Walcott, Robin Van Persie, tapi peminat tidak suka dia, Cesc Fabregas tapi sama, peminat Arsenal tak suka dia.”

“Aaron Ramsey pula lebih dianggap tokoh kultus berbanding legenda, tapi dari segi pemain paling berbakat dalam dunia bola sepak dan disukai peminat, saya pasti ianya Mesut Ozil.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.