Messi Suruh Cavani Set Tempat Dan Masa Bertumbuk Di Tel Aviv - Sukan

Messi Suruh Cavani Set Tempat Dan Masa Bertumbuk Di Tel Aviv

Lionel Messi antara pemain bola sepak paling unggul dan agung dalam sejarah bola sepak dunia. Lionel Messi adalah menang 6 kali Anugerah pemain terbaik dunia dan 5 Ballon d’Or.

Itu sudah cukup membuktikan betapa hebatnya insan bernama Lionel Messi di lapangan bola sepak.

Beliau memiliki kepakaran dan skil individu yang tak terjangkau akal manusia. Messi juga pemain yang sangat tajam di hadapan gol. Di sebalik semua itu, Messi juga dikurniakan dengan keberanian jiwa seorang pahlawan.

Walaupun badannya kecil berbanding pemain lain, namun Messi paling pantang dicabar.

Beberapa hari lalu, Lionel Messi meraikan kejayaan menjulang Piala Superclasico menentang Brazil. Beliau menjadi kapten Argentina dan menjadi penjaring gol tunggal.

Perlawanan itu berlangsung di Arab Saudi. Messi jelas berpuas hati berjaya membuatkan Brazil gigit jari.

Messi kembali semula ke pasukan kebangsaan selepas digantung selama 3 bulan kerana dengan terbuka mengkritik penganjuran Copa America di Brazil yang disifatkan Messi sebagai penuh korupsi.

Selepas aksi Superclasico, Thiago Silva melabel Lionel Messi sebagai biadap dan suka mempengaruhi keputusan pengadil.

Terbaru dalam aksi perlawanan persahabatan di Tel Aviv antara Argentina dan Uruguay, Messi terlibat dalam insiden bertikam lidah dengan Edinson Cavani.

Seperti biasa, bintang ikon Argnentja itu hati kering dan berjiwa kental. Beliau bertentang dengan Cavani tanpa rasa takut.

Ianya beberapa hari selepas Messi bertengkar dengan jurulatih Brazil iaitu Tite.

Tite sangat panas hati ketika itu dan menyuruh Messi pula diam. Dalam sidang media, Tite menganggap Messi bukan pemain terbaik dalam sejarah dunia. Jauh nak dibandingkan dengan Pele.

Berbalik kepada insiden Messi dan Cavani, kedua-dua pemain bertegang urat di atas padang. Dan Cavani dikatakan mencabar Messi dan mengajak Messi bertumbuk.

Messi membalas dengan meminta pemain itu set masa dan tempat di mana sahaja untuk beliau datang bergocoh dengan pemain itu.

Keadaan tegang itu ditenangkan oleh para pemain lain yang tidak mahu hak itu berpanjangan.

Dalam aksi tersebut kedua dua pasukan terikat dua sama.

Uruguay di hadapan menerusi Edinson Cavani. Namun disamakan oleh Sergio Aguero.

Luis Suarez kembali meletakkan Uruguay di hadapan pada minit ke-68.

Namun Messi menjadi wira negaranya sekali lagi apabila menyamakan kedudukan pada masa kecederaaan. Messi dengan tenang menyempurnakan sepakan penalti. Ini sekaligus berjaya memastikan Argentina mengelakkan kekalahan di tangan Uruguay.

Perlawanan tersebut awalnya hampir dibatalkan kerana sebab-sebab keselamatan. Hal ini kerana keadaan di Gaza yang bergolak. Beberapa media juga melaporkan perlawanan ini akan dibatalkan.

Namun tetap diteruskan apabila pihak penganjur dan pengurusan Stadium Bloomfield, yakin keadaan di Tel Aviv terkawal.

Lionel Messi akan kembali semula ke Barcelona dalam usaha membantu pasukan gergasi Sepanyol itu menjulang kejuaraan liga sekali lagi.

Dan paling penting Messi masih mengidam satu lagi UCL di dalam kariernya bersama dengan Barcelona.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter