Media di Sepanyol, AS melaporkan Lionel Messi lebih memilih untuk pergi meyertai kelab lain berbanding untuk terus kekal di Nou Camp pada musim panas ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Messi sendiri kepada pengurus baharu Barcelona, Ronald Koeman dalam pertemuan pertama diantara kedua-duanya sejak bekas jurulatih Belanda itu mengambil alih.
Pada masa yang sama Messi juga mengakui ianya sukar untuk meninggalkan Barcelona dengan kontrak yang beliau miliki sekarang.
Lionel Messi wants to leave Barcelona NOW and not wait until 2021, according to Esporte Interativo 😵 pic.twitter.com/JmMKquXbQx
— Goal (@goal) August 16, 2020
Messi masih mempunyai kontrak selama semusim. Pada ketika ini Barcelona enggan memberikan sebarang komen mengenai pertemuan diantara Koeman dan Messi, dan berkata projek di bawah kendalian Koeman akan ditunjangi oleh Messi.
Perkhabaran terbaru dari Messi ini tiba sebagai tamparan untuk Barca yang dalam proses kembali untuk bangkit daripada kekalahan memalukan 8-2 kepada Bayern Munich.
Jurulatih Quique Setien telah dipecat dan digantikan dengan Ronald Koeman oleh presiden kelab, Bartomeu yang mengharapkan projek baharu ini mampu memenangi kembali penyokong Barcelona yang marah.
Manchester City are ready to pay whatever it takes to sign Lionel Messi from Barcelona, claims the Mirror 💰
City believe they are in pole position to sign the Argentine star should he decide to leave Camp Nou ✍️ pic.twitter.com/bgtzOmqy8U
— Goal (@goal) August 16, 2020
Bartomeu sebelum ini berkata Messi adalah salah seorang pemain yang kelab itu mahu kekalkan, walaupun mengakui beberapa pemain lain dijangka akan meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan kali ini.
Pada usia 33 tahun Messi masih dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia. Koeman sebelum ini berkata beliau gembira jika dapat mengekalkan pemain itu di Nou Camp pada musim akan datang.
Namun buat masa ini Messi sedang mempertimbangkan dengan bersungguh mengenai masa depannya.