Messi Setuju Kontrak Lima Tahun Bersama Dua Pasukan Berbeza

Lionel Messi akan beraksi selama tiga tahun di pentas premier league terlebih dahulu sebelum berhijrah untuk bermain di saingan liga Major League Soccer.

Selepas beraksi untuk Manchester City Lionel Messi akan bermain selama dua tahun lagi bersama New York City selepas bersetuju menandatangani perjanjian kontrak selama lima tahun bersama City Football Group (CFG).

Selepas hampir dua dekad beraksi di Nou Camp, pemain berusia 33 tahun itu akhirnya telah membuat keputusan untuk meninggalkan kelab.

Lionel Messi telah menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab dengan menyatakan bahawa beliau sudah tidak nampak masa depannya lagi di sana.

Hal ini kerana Messi dan wakilnya percaya bahawa beliau boleh mengaktifkan klausa dalam kontraknya untuk pergi meninggalkan kelab secara percuma.

Tetapi, tidak lama selepas itu, pihak kelab telah mendedahkan bahawa klausa perlepasan beliau bernilai €700 juta masih aktif dan sah.

Menurut Messi dan wakilnya pula, klausa perlepasan €700 juta itu sebenarnya sudah tamat tempoh.

Berita tentang klausa perlepasan itu agak mengecewakan pihak Manchester City yang dilaporkan sudah melakukan rundingan peribadi dengan Messi untuk membawanya ke Etihad.

Ramai pakar dan sumber-sumber yang boleh dipercayai mendedahkan bahawa Messi sememangnya bakal menyertai City pada musim panas ini.

Banyak sebab yang boleh menjadikan City sebagai destinasi seterusnya untuk pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu.

Tetapi walau kecoh dengan berita berkait klausa perlepasan beliau itu, menurut laporan dari Daily Record, Messi kini dilaporkan sudah bersetuju dengan nilai klausa £623 juta(€700 juta) itu bersama pemilik Manchester City dan New York City, City Football Group (CFG).

Perjanjian tersebut melibatkan pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu perlu menghabiskan tiga tahun untuk beraksi di pentas premier league bersama bekas pengurusnya Pep Guardiola.

Kemudian beliau akan menghabiskan baki dua tahun lagi perjanjian tersebut untuk beraksi di Major League Soccer bagi menghabiskan lima tahun perjanjian tersebut.

City Football Group yang juga pemilik kepada pasukan Melbourne City dari A-League turut menawarkan saham ekuiti dalam CFG kepada Messi sebagai sebahagian dari tawaran untuknya.

Namun Messi lebih memilih untuk mendapatkan wang tunai berbanding saham kerana menurutnya saham melibatkan urusan yang agak rumit.

La Liga sendiri baru-baru ini turut membela Barcelona dengan menyokong kenyataan bahawa klausa perlepasan Messi bernilai £700 juta itu masih lagi aktif.

Jadi sekiranya klausa itu masih aktif maka Messi masih lagi pemain Barcelona sehingga 2021 mengikut kontraknya.

“Berkaitan dengan tafsiran yang berbeza (beberapa di antaranya bertentangan antara satu sama lain) yang juga diterbitkan dalam beberapa hari terakhir ini melalui media yang berbeza, berkaitan dengan situasi kontrak pemain bernama Lionel Andrés Messi dengan FC Barcelona, ​​La Liga ingin menjelaskan berkenaan dengan kontrak pemain dengan kelabnya.”

“Kontrak ini sedang berkuatkuasa dan mempunyai ‘klausa penamatan’ yang berlaku seperti ketika Lionel Andrés Messi memutuskan untuk mengaktifkan pemutusan kontrak unilateral awal, yang dilaksanakan sesuai dengan artikel 16 Keputusan Diraja 1006/1985, 26 Jun, yang mana unit itu mengatur hubungan pekerjaan khas untuk atlet profesional.”

“Sesuai dengan peraturan yang berlaku, dan mengikuti prosedur yang betul dalam kes-kes seperti ini, La Liga tidak akan melakukan proses visa kepada pemain tersebut untuk dikeluarkan dari persekutuan sehingga mereka membayar jumlah klausa tersebut.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.