Messi Sedih Tetapi Tak Hairan Layanan Teruk Diberikan Barcelona Kepada Suarez

Lionel Messi sekali lagi tanpa teragak-agak menyerang tampuk pengurusan Barcelona dengan mengkritik cara kelab itu melayan Luis Suarez.

Suarez sah meninggalkan Barcelona dan menyertai Atletico Madrid pada minggu ini. Messi mendakwa Suarez telah ‘dibuang’ keluar dari kelab dan ia sebenarnya tidak mengejutkan beliau.

Messi yang mengancam untuk meninggalkan Barca pada bulan lalu dan turut mengkritik kepimpinan presiden Josep Maria Bartomeu bertanggapan Suarez – penjaring ketiga terbanyak kelab sepanjang zaman – mendapat layanan yang kasar dari pihak kelab.

“Anda layak untuk mendapat majlis perpisahan yang selayaknya anda dapat: salah seorang pemain terpenting di dalam sejarah kelab, telah mencapai banyak kejayaan untuk pasukan dan juga secara individu,” tulis Messi di Instagram pada hari ini.

View this post on Instagram

Ya me venía haciendo la idea pero hoy entré al vestuario y me cayó la ficha de verdad. Que difícil va a ser no seguir compartiendo el día a día con vos, tanto en las canchas como afuera. Los vamos a extrañar muchísimo. Fueron muchos años, muchos mates, comidas, cenas… Muchas cosas que nunca se van a olvidar, todos los días juntos. Va a ser raro verte con otra camiseta y mucho más enfrentarte. Te merecías que te despidan como lo que sos: uno de los jugadores más importantes de la historia del club, consiguiendo cosas importantes tanto en lo grupal como individualmente. Y no que te echen como lo hicieron. Pero la verdad que a esta altura ya no me sorprende nada. Te deseo todo lo mejor en este nuevo desafío. Te quiero mucho, los quiero mucho. Hasta pronto, amigo.

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

“Anda tidak patut untuk mereka buang seperti yang mereka telah lakukan. Namun kebenarannya pada peringkat ini, ia tidak lagi mengejutkan saya.”

Suarez turut memberikan penghargaan kepada Messi dalam ucapan selamat tinggalnya dalam satu sidang media pada Khamis, dan berkongsi kisah bagaimana ramai yang melabel Messi adalah pemain yang sukar untuk didekati.

Namun kedua-duanya menjadi sahabat baik, dan menjadi gandingan yang amat prolifik di bahagian serangan gergasi Catalan itu.

“Ianya pasti sukar untuk melihat anda dengan jersi lain, dan ianya lebih sukar untuk berhadapan menentang anda di atas padang,” tambah Messi.

“Saya sudah terbayangkannya, dan hari ini ketika saya melangkah ke bilik persalinan ia membuatkan saya lemas. Ia pasti sangat sukar untuk melalui hari-hari tanpa anda di atas dan luar padang.”

Messi sebelum ini dikenali sebagai pemain yang berlembut dan senyap di luar padang, namun secara lantang mulai mengkritik Barcelona secara terbuka sejak tahun lalu.

Pada Januari, Messi turut menghentam Pengarah Sukan Eric Abidal. Pada April, beliau tidak teragak-agak mengkritik Bartomeu dan lembaga pengarah mengenai pemotongan gaji pemain.

Julai lalu Messi mengkritik persembahan pasukan dalam temubual yang panas selepas kekalahan kepada Osasuna.

Pengurus baharu Barcelona, Ronald Koeman menghubungi Suarez beberapa hari selepas diumumkan sebagai pengganti Quique Setien untuk memaklumkan khidmat pemain itu tidak lagi diperlukan walaupun masih memiliki baki kontrak selama setahun.

Bartomeu meletakkan nama Suarez dalam senarai pemain yang sudah tidak lagi diperlukan setelah Barcelona dibelasah 8-2 oleh Bayern Munich di pertandingan Champions League pada Ogos lalu.

Barca akan memulakan kempen musim baharu menentang Villareal di Nou Camp pada Ahad ini.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.