Setelah pelbagai desas-desus yang tersebar, Lionel Messi akhirnya membuat keputusan untuk kekal setahun lagi bersama FC Barcelona.
Setelah menghantar permohonan untuk meninggalkan kelab pada minggu lalu, Lionel Messi yang merupakan ketua pasukan Barcelona serta penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk kelab itu telah memutuskan untuk kekal setahun lagi di Nou Camp.
Beliau membuat pengumuman itu satu jam sahaja selepas ayah dan ejennya Jorge menghantar surat kepada La Liga yang mana isi kandung surat tersebut menyatakan bahawa klausa £700 juta itu sudah tamat pada penghujung musim 2019/20.
Lionel Messi: "All year I've been telling the club and the president that I want to go out, and I thought it was time now."
— Man City Xtra (@City_Xtra) September 4, 2020
Jadi oleh kerana klausa itu telah tamat tempoh, maka Messi seharusnya dibenarkan untuk meninggalkan kelab secara percuma.
Sehari selepas ayah Messi bertemu presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, yang kini sedang dituduh mengambil rasuah oleh polis Catalan, La Liga sekali lagi berpihak kepada Barcelona.
Menurut La Liga, Messi tidak mengikuti perjanjian asal dalam kontrak dan memihak kepada Barcelona dengan menyatakan klausa itu sebenarnya masih aktif.
Pada hari jumaat pula, kebanyakkan wartawan dan para media mendakwa bahawa akan ada pengumuman rasmi tentang masa depan Messi.
Tidak lama selepas itu, Messi sendiri telah membuat pengumuman bahawa beliau akan kekal satu tahun lagi di Nou Camp tetapi ianya hanya kerana beliau mahu mengelakkan dari dirinya dikenakan tindakan undang-undang.
Lionel Messi: "I wasn't happy and I wanted to leave. I have not been allowed this in any way and I will stay at the club so as not to get into a legal dispute. The management of the club led by Bartomeu is a disaster."
[@TyCSports via @footballespana_]
— Man City Xtra (@City_Xtra) September 4, 2020
“Ketika saya berbincang dengan isteri dan anak-anak saya tentang hasrat saya untuk pergi, ianya merupakan drama yang sangat beremosi.”
Jelas Messi kepada Goal dalam satu sesi temu bual khusus.
“Kesemua ahli keluarga saya mula menangis, anak-anak saya tidak mahu meninggalkan Barcelona, apa lagi mereka juga tidak mahu bertukar sekolah.”
“Tetapi saya sebenarnya melihat lebih jauh ke depan dan saya mahu bertanding di peringkat lebih tinggi, memenangi kejuaraan, beraksi di pentas liga Juara-juara. Kamu boleh menang atau kalah dalamnya, kerana ianya sangat sukar, tetapi kamu harus berjuang.”
“Setidaknya berjuang untuknya dan semoga tidak seperti kami yang tersungkur di Rome, Liverpool dan Lisbon. Kesemua itu membuat saya berfikir tentang keputusan yang harus saya lakukan.”
Leo Messi to make it official: he’s going to stay at Barcelona on next season after the club refusing to sell him for less than €700m. 🔴 #Messi #FCB #Barcelona https://t.co/o6FDNretUg
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 4, 2020
“Saya fikir dan saya yakin bahawa saya bebas untuk pergi, presiden selalu cakap bahawa saya boleh pilih untuk kekal atau tidak ketika penghujung musim.”
“Tapi sekarang mereka berpegang kepada fakta bahawa saya tidak menyatakan hasrat saya itu sebelum 10 Jun. Sedangkan pada tarikh itu kami sedang beraksi untuk saingan La Liga yang diteruskan dalam kemelut penyakit wabak yang merosakkan sepanjang musim ini.”
“Dan ini adalah satu-satunya sebab kenapa saya harus kekal bersama kelab. Sekarang saya terpaksa kekal disini kerana presiden memberitahu saya bahawa seandainya saya mahu keluar, saya harus membayar klausa perlepasan bernilai €700 juta. Ianya sangat tidak masuk akal.”
Naik ke mahkamah dan menyelesaikan isu tersebut bukan lah sesuatu hal yang Messi mahukan kerana beliau tidak mahu merosakkan hubungan baiknya dengan kelab.
🚨 WORLD EXCLUSIVE 🚨
Lionel Messi will NOT be leaving Barcelona, we can confirm.
We sat down with the man himself to clear up a few things 🐐
Here's what he had to say: pic.twitter.com/NfnhGpZpXc
— Goal (@goal) September 4, 2020
“Sebenarnya ada cara lain yang boleh saya lakukan dan ianya adalah bawa hal ini ke muka pengadilan.”
“Saya tidak mahu membawa hal berkait Barca ke muka pengadilan, ini kerana kelab ini merupakan kelab kesayangan saya, kelab yang memberi saya segalanya sejak saya tiba disini.”
“Ini adalah kelab terbaik dalam kehidupan saya, saya membina kehidupan disini.”
“Barca memberi saya segalanya dan saya juga mencurahkan segalanya disini. Saya sedar bahawa tidak akan terlintas di fikiran saya untuk membawa Barca ke muka pengadilan.”