Messi Sambung Latihan Bersama Barcelona Dengan Muram

Lionel Messi telah kembali menyertai kem latihan Barcelona buat kalu pertama selepas saga perpindahan yang tegang.

Pemain berusia 33 tahun itu telah menghantar surat tuntutan perpindahan pada bulan lalu.

Namun demikian pemenang Ballon d’Or sebanyak 6 kali itu telah melakukan U-turn mengenai masa depannya di Barcelona, dan berkata akan menghormati baki kontrak setahun di Nou Camp yang akan tamat pada Jun 2021.

Tiba dalam suasana yang muram, Messi kemudiannya memulakan latihan bersama barisan kejurulatihan dalam usaha mempersiapkan diri untuk saingan musim baharu.

Messi terpaksa berlatih bersendirian disebabkan protokol keselamatan ketat membabitkan penularan wabak yang melanda.

Selepas terlepas ujian saringan pada minggu lalu, Messi turut tidak mengikuti latihan pasukan pada minggu pertama dalam usaha beliau memaksa perpindahan keluar dari Barcelona menjadi kenyataan.

Messi akhirnya bersuara pada minggi lalu mengenai apa yang berlaku dan spekulasi menyertai Manchester City.

“Saya sudah memberitahu pihak kelab, termasuk presiden bahawa saya mahu pergi. Saya memberitahu beliau perkara sama sepanjang tahun,” ujar Messi kepada Goal.

“Saya percaya kelab ini memerlukan ramai pemain muda dan baru. Saya bertanggapan masa saya di sini sudah pun berakhir.

“Saya menyesal kerana sentiasa berkata akan menamatkan karier di sini.

“Ia adalah tahun yang sukar. Saya sentiasa terbeban ketika latihan, dalam perlawanan, dan juga di bilik persalinan.

“Segalanya menjadi semakin sukar buat saya, dan kemudian tiba masanya untuk saya mencari perkara baru.”

“Saya sudah memberitahu presiden, dan presiden sentiasa berkata pada hujung musim saya boleh memutuskan untuk pergi atau terus kekal. Akhirnya beliau mungkir janji.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.