Messi Samai Rekod Sergio Ramos Di LaLiga Selepas Bantu Barcelona Tewaskan Villareal

Lionel Messi menjaringkan gol dari sepakan penalti untuk era Ronald Koeman selaku pengendali baharu Barcelona bermula dengan kemenangan setelah gergasi Catalan itu mudah menewaskan Villareal 4-0.

Ansu Fati menjadi pemain paling menyerlah dalam perlawanan ini apabila menjaringkan dua gol pertama untuk Barcelona, dengan penyudah first-time melalui hantara Jordi Alba, dan rembatan leret selepas menerima hantaran Philippe Coutinho.

Fati turut mendapatkan penalti yang disempurnakan oleh Messi, dan perlawanan sudah pun tamat pada 45 minit pertama perlawanan apabila pemain pertahanan Villareal, Pau Torres menjaringkan gol sendiri.

Skuad kendalian Unai Emery gagal memberikan cabaran yang diharapkan dan hanya mengancam melalui satu percubaan tepat pada lewat babak permainan.

Samai rekod Sergio Ramos

Messi adalah pemain ke-6 untuk menjaringkan gol dalam 17 musim berbeza di LaLiga untuk menyamai rekod bintang Real Madrid, Sergio Ramos.

Ini adalah perlawanan kompetitif pertama Messi bersama Barcelona sejak mendedahkan niat untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Pemain berusia 33 tahun itu menghantar surat tuntutan perpindahan untuk dibenarkan pergi meninggalkan Nou Camp secara percuma seperti yang terkandung di dalam klausa kontrak.

Namun demikian, Barcelona mempertikaikan tarikh luput klausa tersebut dan menegaskan mana-mana kelab yang mahukan khidmat pemain Argentina itu masih perlu membayar 700 juta euro.

Menyedari mustahil mana-mana kelab di dunia mampu membayar sebanyak itu, Messi memilih untuk kekal dan enggan mengheret kelab ke mahkamah.

Tetap komited

Dalam perlawanan pada awal pagi, Messi memulakan perlawanan di bahagian kanan, dan kemudian ke kiri dalam barisan serangan baharu yang kelihatan fleksibel.

Messi mendaftarkan 7 percubaan dalam perlawanan tersebut, dan memaksa Sergio Asenji menampan tiga daripadanya.

Coutinho yang merupakan sebahagaian daripada pemain Bayern Munich yang membelasah Barcelona 8-2 sebelum ini turut diberikan kesempatan oleh Koeman dari kesebelasan utama.

Pemain baharu, Miralem Pjanic, Francisco Trincao dan Pedri semuanya diberikan debut masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.