Messi Mendedikasikan Gol Jaringannya Untuk Luis Suarez

Lionel Messi mendedikasikan gol jaringannya ketika bertemu Villarreal kepada Luis Suarez selepas pemergian bintang Uruguay itu dari Barcelona ke Atletico Madrid.

Pemenang enam kali Ballon d’or itu membuka akaun jaringan beliau untuk musim ini dengan menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dalam kemenangan 4-0 Barca menewaskan Villarreal di Nou Camp.

Lionel Messi meraikan gol jaringannya itu dengan memberi penghormatan kepada Luis Suarez dan mendedikasikan gol tersebut untuk bekas penyerang Liverpool itu.

Messi meraikan jaringan tersebut dengan menghayunkan tangannya dari bawah ke atas seperti yang sering dilakukan oleh Suarez setiap kali menjaringkan gol sebelum ini.

Gerard Romero dari RAC1 mendakwa bahawa bintang Argentina itu telah berjanji bahawa beliau akan memberi penghormatan kepada sahabatnya sekiranya beliau menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Suarez yang baru saja menandatangani perjanjian bersama Atletico turut cemerlang menjaringkan dua gol dan mencatatkan satu assists dalam perlawanan menentang Granada semalam.

Beliau meraikan jaringannya itu dengan menggunakan keraian trademarknya. Aksi cemerlang yang beliau pamerkan selama 19 minit dalam padang itu berjaya membantu Atletico membenam Granada 6-1.

Messi sendiri sebelum ini benar-benar mahu meninggalkan Barcelona namun kerana beberapa isu beliau akhirnya membuat keputusan untuk kekal setahun lagi bersama gergasi Catalan itu.

Beliau baru-baru ini secara lantangnya telah menghentam pimpinan Barca tentang layanan yang diberikan kepada penjaring ketiga terbanyak sepanjang zaman untuk kelab itu.

Messi mengirimkan ucapan perpisahan kepada Suarez melalui laman Instagram miliknya dan dalam ucapan tersebut beliau meluahkan ketidak puas hatiannya terhadap kepimpinan kelab.

Ucapan tersebut turut mendapat perhatian dari beberapa bekas pemain Barcelona seperti Neymar, Dani Alves dan juga Luis Suarez sendiri.

Messi dalam ucapannya menulis:

“Kamu layak untuk pergi dengan apa yang telah kamu sumbangkan, kamu merupakan salah seorang pemain terpenting dalam sejarah kelab dan telah berjaya mencapai pelbagai kejuaraan baik secara berkumpulan mahupun peribadi.”

“Kamu tidak sepatutnya dibuang begitu saja seperti yang telah mereka lakukan. Tetapi secara jujurnya, setelah apa yang terjadi sekarang, ianya tidak mengejutkan saya.”

View this post on Instagram

Ya me venía haciendo la idea pero hoy entré al vestuario y me cayó la ficha de verdad. Que difícil va a ser no seguir compartiendo el día a día con vos, tanto en las canchas como afuera. Los vamos a extrañar muchísimo. Fueron muchos años, muchos mates, comidas, cenas… Muchas cosas que nunca se van a olvidar, todos los días juntos. Va a ser raro verte con otra camiseta y mucho más enfrentarte. Te merecías que te despidan como lo que sos: uno de los jugadores más importantes de la historia del club, consiguiendo cosas importantes tanto en lo grupal como individualmente. Y no que te echen como lo hicieron. Pero la verdad que a esta altura ya no me sorprende nada. Te deseo todo lo mejor en este nuevo desafío. Te quiero mucho, los quiero mucho. Hasta pronto, amigo.

A post shared by Leo Messi (@leomessi) on

Ekoran dari status yang di muat naik oleh Messi di laman Instagramnya itu, pengurus kelab, Ronald Koeman mendakwa bahawa keputusan untuk menyingkirkan Suarez bukanlah permintaan beliau.

“Ianya biasa untuk dia berasa kecewa dengan kenyataan bahawa sahabatnya pergi.”

Jelas Koeman kepada Metro.

“Tetapi saya tidak meragukan tentang Messi. Saya telah melihat bagaimana dia berlatih.”

“Ianya seperti saya seorang yang sangat jahat dalam drama ini dan ianya bukan seperti itu. Ianya merupakan keputusan yang dibuat oleh kelab. Saya sangat menghormati Suarez dan mengharapkan yang terbaik untuknya bersama Atletico Madrid.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.