Messi Mencarut Pada Pemain Lawan Kerana Dikawal Terlalu Berlebihan

Lionel Messi kembali turun beraksi untuk Barcelona pada petang Sabtu yang lalu dan sepertinya beliau tidak gembira dengan pemain yang mengawalnya dalam perlawanan tersebut.

Messi berasa tidak senang dengan pemain lawan yang mengawalnya sehingga beliau memanggil pemain tersebut dengan gelaran yang tidak sepatutnya serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain itu.

Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu sebelum ini sangat nekad untuk meninggalkan Barca namun ketika ini beliau sudah memutuskan untuk kekal semusim lagi bersama gergasi Catalan itu.

Setelah didesak dan dengan pelbagai khabar angin yang tersebar beliau akhirnya akur untuk kekal dan kembali turun menjalani latihan bersama kelab.

Beliau bermain buat kali pertamanya dibawah kendalian Ronald Koeman pada Sabtu lalu menentang pasukan dari division ke-3 liga Sepanyol dalam satu perlawanan persahabatan.

Messi jelas tidak gembira dalam perlawanan tersebut dan beliau ternyata tidak berpuas hati dengan salah seorang pemain dari pasukan lawan.

Javier Ribelles telah diberi peluang untuk mengawal Messi dalam perlawanan tersebut, akan tetapi, penyerang Argentina itu tidak gembira dengan cara beliau dikawal.

Selepas tamat perlawanan tersebut, Ribelles bercakap kepada media dan mendakwa bahawa bintang Barcelona itu berkata kesat kepadanya.

“Apa yang kamu lakukan, benak? Adakah kamu mahu berhenti menendang saya? *****(Carutan).”

“Ia sangat jelas bahawa Messi tidak boleh berpaling, kerana jika dia berpaling dan berhadapan dengan anda, maka ianya sangat sukar.”

“Dalam apa jua cara dia pasti akan diasak oleh saya dari belakang, saya akan guna segala cara, kaki dia, tangan dia atau apa saja saya akan halang dia dari berpaling.”

Jelas Ribelles yang langsung tidak menafikan bahawa beliau mengasak Messi dari belakang dengan bertubi-tubi.

Messi cuma bermain pada babak pertama perlawanan tersebut dan gagal untuk menjaringkan sebarang gol untuk Barcelona.

Kemunculan semula Ousmann Dembele dan Antoine Griezmann berjaya untuk menjaringkan gol dan membawa Barcelona untuk mendahului lawan.

Javi Bonilla berjaya menjaringkan gol pertama untuk Gimnastic pada minit ke-30 perlawanan untuk kembali memberi saingan kepada Barcelona.

Philippe Coutinho berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Barcelona pada babak kedua perlawanan seterusnya membantu gergasi Catalan itu menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-1.

Sementara Messi masih kekal di Nou Camp setidaknya sehingga musim hadapan, sahabatnya Luis Suarez sepertinya sudah bersedia untuk meninggalkan kelab.

Bekas penyerang Liverpool itu terlepas perlawanan persahabatan tersebut pada hujung minggu lalu dan beliau juga tidak muncul pada perlawanan pada malam semalam menentang Granada.

Koeman sendiri pula masih mencari pemain yang paling sesuai untuk ditandatangani bagi menggantikan Luis Suarez.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.