Pemain daripada planet lain, Lionel Messi telah membuat satu skil yang telah membuatkan pemain Getafe, Mauro Arambarri terpaksa melutut di hadapan Messi tanpa dipaksa.
Skil luar biasa yang tidak masuk akal dan pecah kepala itu terjadi dalam perlawanan Getafe menentang Barcelona di La Liga.
Messi telah masuk ke kawasan Getafe dalam usaha membuat serangan dan cuba melepaskan diri daripada asakan pihak lawan.
Nyata Mauro Arambarri tidak mengenal putus asa dan memberikan segalanya untuk menyekat pemain serba lincah itu.
Messi mengacah kiri kanan seperti menari dan membuatkan Mauro Arambarri mati langkah lalu terpaksa melutut.
Pemain Argentina itu telah ‘memusnahkan’ buku lali Mauro Arambarri dan ‘memusnahkan’ karier lawannya.
Lionel Messi is breaking ankles.
Lionel Messi is ending careers. pic.twitter.com/yET0DJjJ6j
— barcauniversal.com (@BU_Videos) February 15, 2020
Ulasan serta reaksi pengulas yang menyaksikan aksi Messi ini menceritakan segalanya. Magic Messi!
Messi had the commentator orgasming!😱 pic.twitter.com/Y9Z4LAaspp
— COSTANZA (@Arnold_swod) February 16, 2020
Walaupun telah mempamerkan skill yang luar biasa sehingga membuatkan lawan melutut didepannya. satu kegagalan telah diraih Messi.
Messi telah gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan berturut-turut buat pertama kali sejak November 2013.
Gagal menjaringkan gol dalam empat perlawanan, Messi telah dianggap kemarau gol. Gila bukan.
Lionel Messi: Has failed to score in four straight league games for the first time since November 2013 pic.twitter.com/ntvqhgu7ce
— WhoScored.com (@WhoScored) February 15, 2020
Itu bukan satu kegagalan bagi pemain biasa tetapi tidak bagi Messi, walaupun gagal menjaringkan gol, Messi telah membuat bantuan gol untuk gol pertama.
Dalam perlawanan ini Barcelonan berjaya menewaskan Getafe 2-1 hasil jaringan Antoine Griezmann dan Sergi Robert pada separuh masa pertama.
Jaringan saguhati Getafe telah dijaringkan oleh Angel Rodriguez pada minit ke-66.
Just a reminder that Messi has the most assists in La Liga history 🎯
(via @LaLigaEN)pic.twitter.com/x4BAJVezXq
— ESPN FC (@ESPNFC) February 15, 2020
Messi kini merupakan pemain yang paling banyak melakukan bantuan gol di dalam sejarah La Liga.
Tujuh gol terakhir Barcelona terhasil dengan enam daripadanya adalah hasil bantuan gol Lionel Messi.