Lionel Messi merembat bola ke arah pengadil perlawanan, Alejandro Hernandez ketika dalam aksi Barcelona seri terikat 1-1 menentang Alaves kemarin.
Mujurnya tindakan terlalu beremosi beliau itu tidak menyebabkan beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada ketika itu.
Messi sepertinya tidak menikmati permulaan yang baik pada musim ini dan oleh kerana itu, Barcelona sendiri dilihat mengalami kesukaran dalam saingan La Liga.
Messi angrily play the ball to hit the referee 😂 oh Barca
Alaves pic.twitter.com/DRNhRLYcVs— 🍓Broda Sundae🍓 (@broda_mike) October 31, 2020
Gergasi Catalan itu kini gagal untuk peroleh sebarang kemenangan dari empat perlawanan liga mereka musim ini dan Messi melepaskan kemarahan beliau dengan cara yang tidak sepatutnya beliau lakukan.
Pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu telah merembat bola ke arah pengadil perlawanan untuk melepaskan ketidak puas hatiannya.
Beliau berasa bengang selepas kesilapan Neto yang menyebabkan gawang gol Barca dibolosi oleh Alaves pada minit ke-31 permainan.
Messi menjadi semakin marah apabila sepakan penalti yang melibatkan Frenkie de Jong telah dinafikan oleh pengadil.
Ekoran dari beberapa ketidak puas hatiannya terhadap keputusan pengadil, pemain berusia 33 tahun itu merembat bola yang hampir saja mengenai Hernandez.
"He wanted to intimidate the referee and that deserves a straight red"
Should Messi have been sent off for kicking the ball towards Hernandez Hernandez?
🤔https://t.co/FdRs1ZsKaR pic.twitter.com/XwnLAt2KfK
— MARCA in English (@MARCAinENGLISH) October 31, 2020
Pemain kebangsaan Argentina itu sama sekali tidak melihat ke arah pengadil perlawanan ketika beliau dilayangkan kad kuning dan beliau sekadar berlalu pergi dengan perasaan penuh kemarahan.
Para peminat terus memberikan reaksi terhadap insiden tersebut di media sosial dan mereka berfikir Messi sangat beruntung tidak dilayangkan kad merah atas kesalahannya itu.
Cristiano Ronaldo got a straight RED CARD for barely touching a player’s hair and also a 5 match ban for touching the referee.
Lionel Messi kicks the ball at the referee and only gets a yellow.
The double standards. Messi is so protected. pic.twitter.com/UTET7jJf4g
— The CR7 Timeline. (@TimelineCR7) October 31, 2020
Messi should have gotten a straight red card for kicking the ball to the referee in anger
— YOUR ONLINE BIG BABY ™ 🍯 (@OfficialShegs) October 31, 2020
Barcelona berjaya menyamakan kedudukan pada babak kedua perlawanan menerusi Antoine Griezmann.
Namun sayangnya, skuad kendalian Ronald Koeman itu gagal untuk menambah jaringan tambahan dan terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1.
Bercakap selepas tamat perlawanan, Koeman mengakui bahawa beliau sangat risau tentang jentera serangan pasukannya dengan mereka kini menduduki kedudukan ke-12 dalam carta liga.
“Saya lebih prihatin terhadap persembahan jentera serangan.”
Jelas Koeman kepada Marca.
“Ini bukanlah hal yang melibatkan perangai atau konsentrasi, tetapi ianya memerlukan lebih banyak jaringan gol dari jentera serangan.”
ℹ️ In his report, referee Hernandez Hernandez concluded that the footage of Messi was merely anger and was not intended to attack or intimidate the referee.
[@sport] pic.twitter.com/uPmoYKmJAS
— Managing Barça (@ManagingBarca) November 1, 2020
“Ianya terjadi kepada kami ketika bertemu Juventus dan pada malam ini juga. Sebagai tambahan, kami telah memberikan gol mudah kepada Alaves.”
“Tetapi sekiranya kami mencipta lebih banyak peluang, kami tidak akan gagal seteruk ini. Jika kamu mencipta peluang dan hanya menjaringkan satu gol, ianya tidak cukup bagus lagi.”
Keputusan seri tersebut menjadikan Barcelona keciciran lapan mata di belakang seteru utama mereka Real Madrid yang kini sedang mendahului carta liga.