Messi Lagi Bagus Daripada Cristiano Ronaldo Sebab Lebih Genius

Legenda Brazil dan bekas pemenang Ballon d’Or serta Piala Dunia, Ricardo Kaka telah memilih Messi sebagai pemain lebih baik berbanding dengan Cristiano Ronaldo.

Kaka tanpa keraguan lagi tentang perkara itu walaupun beliau bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo ketika merumput di Real Madrid.

Lionel Messi kini menjadi manusia yang paling banyak Ballon d’Or dengan enam keseluruhannya.

Manakala Cristiano Ronaldo pula setakat ini sudah memenangi 5 Ballon d’Or. Kurang satu di belakang Lionel Messi.

Messi dan Ronaldo dianggap antara pemain terbaik sepanjang zaman. Perseteruan mereka di arena bola sepak sangat epik dan tak mampu ditandingi.

Mereka masih menjadi pemain utama di kelab dan negara masing-masing pada usia mereka yang sudah melepasi angka 3 dekad.

Selain itu, mereka terus menjaringkan gol yang banyakn sehingga ke hari ini.

Kaka berkata: “Saya pernah bermain dengan Cristiano dan beliau seorang pemain yang luar biasa sekali. Namun saya akan memilih Messi,” tegas Kaka ketika sesi soal jawab di saluran FIFA, ketika ditanya siapa lagi bagus antara Messi dan Ronaldo.

Kaka kemudian menjelaskan kenapa beliau memilih Lionel Messi. Ianya bukan perkara yang mudah. Tetapi beliau sangat pasti sudah membuat keputusan yang tepat.

Dari segi gaya permainan, Lionel Messi seorang yang sangat bijak dan licik. Messi seorang yang genius di dalam permaianannya.

Manakala Ronaldo, menurut Kaka, seorang pemain yang sangat lasak dan memiliki fizikal ibarat mesin.

“Messi adalah pemain yan genius dan bakat sebenar. Cara beliau bermain sangat luar biasa.”

“Cristiano Ronaldo pula ibarat mesin. Beliau sangat kuat, keras dan laju serta seorang yang memiliki mentaliti yang sangat kuat.”

“Dalam sejarah sukan ini, Messi dan Ronaldo sudah pasti di kalangan 5 teratas. Kita sangat bertuah kerana dapat menyaksikan kedua dua mereka beraksi.”

Sebelum ini Pele memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang lebih baik daripada Lionel Messi. Ini kerana menurut Pele.

Pele juga setuju bahawa kedua dua pemain tersebut merupakan pemain yang sukar ditandingi dalam era mereka.

Lihat sahaja kepada rekod gol dan juga piala yang mereka menangi di dalam karier. Kedua duanya terlalu unggul. Di mana Lionel Messi adalah pemenang 6 Ballon d’Or, manakala Cristiano Ronaldo pula pemenang 5 Ballon d’Or.

Pele menyatakan beliau ada alasan tersendiri untuk memilih Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang lebih baik daripada bintang Argentina, Lionel Messi.

Pele merasakan Cristiano Ronaldo memenangi perdebatan siapa lebih bagus, kerana Ronaldo lebih konsisten berbanding dengan seterunya, Lionel Messi.

Bercakap kepada Daily Mail, bekas pemenang Piala Dunia itu berkata: “Sukar untuk menjawab soalan ini sebenarnya. Namun pada pandangan saya, pemain terbaik di dunia pada hari ini ialah Cristiano Ronaldo.”

“Saya rasa dia terbaik kerana lebih konsisten, namun kamu tak boleh lupa kepada Lionel Messi, dah tentu dia bukannya penyerang .”

Pele kemudian mengingatkan bahawa, masih ada beberapa nama lain lagi yang boleh dijulang sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman, dalam sejarah bola sepak.

“Namun kita harus ingat kepada beberapa lagi pemain lain seperti Zico, Ronaldinho dan Ronaldo . Kalau di Eropah adanya nama-nama seperti Franz Beckenbauer dan Johan Cruyff.”

Walaubagaimanapun, Pele tetap mengiktiraf dirinya sebagai pemain terbaik di atas kesemua pemain-pemain yang beliau sebutkan tadi.

“Namun jangan salahkan saya, kalau saya berkata, Pele adalah yang terbaik di antara semua.”

Kenyataan Pele itu pastinya mengundang perdebatan di antara peminat Ronaldo dan Lionel Messi.

Ronaldo dan Messi merupakan penyerang yang sangat prolifik. Mereka berada di peringkat tertinggi pada sekian lama, sehingga ke hari ini.

Ronaldo dan Messi merupakan ketua pasukan negara masing masing. Bukti mereka adalah pemain yang serba serbi lengkap, selain pemain yang hebat, juga seorang pemimpin yang hebat.

Mereka masih lagi menjadi pemain utama di kelab dan negara mereka wakili. Kedua dua pemain tersebut dikurniakan bakat yang luar biasa dengan ketajaman di hadapan gol yang sukar ditandingi.

Agak sukar untuk mencari persaingan dan perseteruan seperti mereka lagi selepas ini. Walaupun kedua-duanya sudang berusia lebih 30 tahun, namun tiada tanda tanda mereka sudah tidak dapat bersaing di peringkat tertinggi.

Ronaldo dan Lionel Messi turut pernah berseteru dalam el clasico sebelum ini, ketika Cristiano Ronaldo bermain untuk Real Madrid.

Adakah anda bersetuju dengan pilihan Pele, bahawa Cristiano Ronaldo lebih baik daripada Lionel Me

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.