Jaringan Messi ketika bertemu Cadiz kemarin menjadikan beliau kini hanya gagal untuk menjaringkan gol ketika bertemu lapan pasukan sahaja lagi yang pernah dihadapi sepanjang kariernya.
Sehingga semalam, pemenang enam kali gelaran ballon d’or itu gagal untuk mencatatkan namanya sebagai penjaring gol ketika bertemu dengan pasukan dari Andalusia, Cadiz.
Namun beliau berjaya melakukannya dalam pertemuan mereka semalam selepas Messi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk mengikat Cadiz 1-1 di Nou Camp.
Lionel Messi with the coolest penalty you'll ever see to give Barcelona the lead against Cadiz 🤤
He passed it in 😎 pic.twitter.com/vHEloJFb0G
— Goal (@goal) February 21, 2021
Hampir 17 tahun selepas melakukan debutnya sebagai pemain bola sepak profesional bersama Barcelona, Messi telah berjaya menjaringkan lebih dari 655 gol dari 762 penampilan dan turut menjaringkan gol bertemu 69 dari 78 pasukan yang beliau hadapi.
Hanya lapan pasukan sahaja yang berjaya menghalang Messi dari merobek jaring gawang gol mereka ketika beraksi bersama.
Inter Milan merupakan pasukan terbesar dalam senarai dengan Messi tidak pernah menjaringkan gol ketika bertemu wakil Itali itu dalam empat pertemuan mereka sebelum ini.
Tiga dari empat pertemuan tersebut adalah ketika Messi berdepan dengan Inter di bawah kendalian Jose Mourinho yang membawa skuad treble pada musim 2009/10.
Messi has been playing professional football for 17 years and this is the full list of club opponents he has not scored against 🤯
Inter Milan
Rubin Kazan
Benfica
Xerez
Al-Sadd
Gramenet
Murcia
Udinese pic.twitter.com/tQyn1VfBwR— ESPN FC (@ESPNFC) February 22, 2021
Beliau juga sehingga kini masih gagal untuk menjaringkan gol ketika bertemu pasukan seperti Rubin Kazan, Benfica, Udinese, Al Saad, Xerez, Murcia dan Gramenet.
Gramenet menewaskan gergasi Catalan itu dalam saingan Copa del Rey yang mana ia merupakan penampilan ketiga Messi secara rasminya.
Sementara beliau turut gagal menjaringkan gol ketika bertemu Udinese pada tahun 2005 dalam aksi saingan liga Juara-juara yang mana Ronaldinho mencatatkan hat-trick untuk bantu Barcelona menang 4-1 dalam perlawanan tersebut.
Ketika bertemu Al Sadd, Real Murcia dan Benfica, Messi berjaya melibatkan diri dalam jaringan dengan mencatatkan assists walau tidak sebagai penjaring.
📋 Cadiz CF ✔️
💙👑❤️ Messi has now scored against 3⃣8⃣ different teams in #LaLigaSantander – extending his own record!#BarçaCadiz pic.twitter.com/mOZJ0FVIaJ
— LaLiga English (@LaLigaEN) February 21, 2021
Messi juga tidak pernah menjaringkan gol bertemu Xerez, pasukan dari division keempat dalam liga bola sepak Sepanyol walau sudah dua kali bertemu pasukan tersebut di halaman sendiri dan lawan.
Wakil Rusia, Rubin Kazan merupakan lawan paling sukar untuk Messi dan Barcelona sendiri. Bukan saja tidak pernah menjaringkan gol, beliau juga hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja dari empat pertemuan antara kedua-dua pasukan.
Messi turut bertemu kesukaran ketika bertemu Liverpool dan Chelsea di satu peringkat, namun ia tidak menghalang beliau untuk tetap mampu merobek gawang gol mereka.
Bermain bertemu pasukan big six dalam saingan premier league, Messi telah mencatatkan rekod luar biasa dengan menjaringkan 26 gol dari 34 penampilan.
Astonishing from @vardy7. As for Messi, well….bloody hell. 😳 pic.twitter.com/PaGMKdWOkR
— Gary Lineker 💙 (@GaryLineker) February 16, 2021
Ia merupakan satu statistik yang sungguh luar biasa hebat memandangkan beliau bukan pemain yang bermain dalam saingan bola sepak Inggeris.