Lionel Messi mahu meninggalkan Barcelona selepas hampir dua dekat beliau menabur bakti bersama gergasi Catalan itu.
Namun, walau berhasrat untuk meninggalkan Nou Camp, Messi tetap tersenarai dalam senaeai pemain paling setia di benua Eropah.
Pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu berada di kedudukan kedua dalam senarai sebagai pemain paling setia bersama pasukan yang diwakilinya.
🤝 2. Lionel Messi (Barcelona) – 16 years & 7 months
🤝 8. Giorgio Chiellini (Juventus) – 15 years & 1 month
🤝 15. Marcel Schmelzer (Dortmund) – 13 years & 1 month
There's only one player more loyal than Lionel Messi right now… 👀 https://t.co/ife32CwxC3
— SPORTbible (@sportbible) August 28, 2020
Messi memulakan karier awal bola sepaknya bersama pasukan Newell’s Old Boys sebelum berhijrah ke La Masia academy pada tahun 2001.
Beliau kemudian membuat kemunculan pertamanya pada Oktober 2004 dan kini telah membuat lebih 730 penampilan untuk kelab.
Sepanjang 16 tahun menjadi pemain Barcelona, Messi telah berjaya menjaringkan 634 gol untuk kelab dari semua pertandingan yang beliau sertai.
Transfermarkt telah mengumpulkan data 15 pemain yang paling setia dan masih beraksi dalam salah sebuah liga dari 10 liga utama di benua Eropah.
Penjaga gol CSKA Moscow, Igor Akinfeev merupakan pemain yang mengungguli carta senarai paling setia ini.
Pemain kebangsaan Rusia itu merupakan pemain yang setia pada sebuah kelab, beliau sudah beraksi selama 17 tahun 7 bulan dan 25 hari untuk CSKA Moscow.
3⃣3⃣🥳
🇷🇺 Igor Akinfeev 👊#HBD | #UCL pic.twitter.com/g69POJPWet
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 8, 2019
Pemain yang memiliki tempoh waktu berkhidmat sama dengan Messi di Barcelona adalah bintang West Ham United, Mark Noble.
Mark Noble merupakan pemain ketiga tersetia yang berada dalam senarai dan telah menabur bakti untuk the hammer selama 16 tahun, 7 bulan dan 25 sejak pertama kali senarai ini dikeluarkan.
Ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos berada di kedudukan kesembilan dalam senarai selepas menyertai los blancos dari Sevilla dan sudah beraksi selama 14 tahun, 11 bulan dan 26 hari.
Rakan sepasukan beliau, Marcelo pula berada dua kedudukan dibawahnya dalam senarai tersebut dan menduduki tempat ke 11.
Marcelo sudah berkhidmat selama 13 tahun, 7 bulan dan 25 hari untuk Real Madrid dan sudah mencapai pelbagai kejayaan bersama skuad Los Blancos itu.
Ronald Koeman told Sergio Busquets and Jordi Alba that they will soon be fighting for their future at the club.
The coach will make the decision during the pre-season training.
The agreement with Busquets is calculated until the summer of 2023, with Alba until the summer of 2024. pic.twitter.com/gAR3ocnXh3— FOOTBALL NEWS (@News20_football) August 25, 2020
Rakan sepasukan Messi yang juga produk akademi, Sergio Busquets berada di kedudukan ke-14 senarai pemain paling setia ini.
Beliau telah bersama gergasi Catalan itu selama 13 tahun, satu bulan dan 26 hari.
Berikut merupakan senarai 15 pemain yang disenaraikan dalam senarai pemain paling setia bersama pasukan yang mereka wakili.
15 Pemain Paling Setia:
15. Marcel Schmelzer (Borussia Dortmund) – 13 tahun, 1 bulan dan 26 hari
14. Sergio Busquets (Barcelona) – 13 tahun, 1 bulan dan 26 hari
13. Andriy Pyatov (Shakhtar Donetsk) – 13 tahun, 7 bulan dan 25 hari
12. Anton Shunin (Dinamo Moscow) – 13 tahun, 7 bulan dan 25 hari
11. Marcelo (Real Madrid) – 13 tahun, 7 bulan dan 25 hari
10. Sammy Bossut (Zulte Waregem) – 14 tahun, 1 bulan dan 26 hari
9. Sergio Ramos (Real Madrid) – 14 tahun, 11 bulan dan 26 hari
8. Giorgio Chiellini (Juventus) – 15 tahun, 1 bulan dan 26 hari
7. Francesco Magnanelli (Sassuolo) – 15 tahun, 1 bulan dan 26 hari
6. Jessy Moulin (Saint-Etienne) – 15 tahun, 1 bulan dan 26 hari
5. Oier (Osasuna) – 15 tahun, 1 bulan dan 26 hari
4. Sergio Alvarez (Celta Vigo) – 16 tahun, 1 bulan and 26 hari
3. Mark Noble (West Ham United) – 16 tahun, 7 bulan and 25 hari
2. Lionel Messi (Barcelona) – 16 tahun, 7 bulan and 25 hari
1. Igor Akinfeev (CSKA Moscow) – 17 tahun, 7 bulan and 25 hari.