Messi Dedah Tujuan Memberontak Adalah Demi Kebaikkan Barcelona

Lionel Messi berkata tindakan beliau mahu meninggalkan Nou Camp pada musim panas lalu dilakukan demi kebaikkan Barcelona.

Dalam temubual pertama beliau sejak mengesahkan akan kekal bersama gergasi Catalan itu, Messi berkata beliau sanggup bertanggungjawab untuk kesilapan yang dilakukannya.

“Selepas banyak berlaku tidak bersefahaman selama ini, kini saya mahu ia ditamatkan dan letak segala perbezaan ke tepi dulu,” ujar Messi kepada Diario Sport pada Selasa.

“Saya akan tanggung semua kesalahan, dan jika ada, ia bertujuan untu menjadikan Barcelona lebih baik dan lebih kuat.

“Jika ada penyokong yang tidak senang oleh apa-apa perkara yang saya katakan atau lakukan, ketahuilah setiap apa yang saya lakukan beralaskan kepentingan kelab sebagai perkara terutama.”

Selepas kekalahan 8-2 kepada Bayern Munich pada Ogos, Messi memaklumkan kepada Barcelona niat beliau mahu pergi dan berpendapat beliau boleh pergi secara percuma kerana klausa yang terdapat di dalam kontrak.

Pelbagai sumber berkata Manchester City mahukan Messi, tetapi Barca bertegas mana-mana kelab yang mahukan pemain itu harus membayar nilai yang terdapat di dalam klausa tersebut berjumlah €700 juta.

Pemain berusia 33 tahun itu kemudiannya mengalah dengan tuntutan tersebut dan enggan memanjangkan kes tersebut kepada mahkamah kerana sayangkan kelab.

Walaupun melakukan pusingan u dalam keputusan tersebut, Messi menegaskan dirinya hanya akan kekal sehingga kontraknya tamat pad 2021.

Pemain itu tetap krtikal dalam kritikannya terhadap presiden kalab, Josep Maria Bartomeu dan barisan pengurusan di dalam lembaga pengarah.

Messi menuduh Bartomeu menipu beliau dan menuduh lembaga pengarah selama ini sebenarnya tidak mempunyai projek untuk memacu Barcelona ke hadapan.

Kemarahan Messi masih lagi ketara pada minggu lalu apabila mengkritik cara Barcelona menyingkirkan Luis Suarez dengan menjual kontrak pemain itu kepada Atletico Madrid.

“Tidak ada perkara yang mengejutkan saya lagi,” tulis Messi di Instagram.

Tapi sekarang Messi jelas mahu melupakan episod lalu dan kini mula memberikan fokus terhadap cabaran Barcelona.

Kempen musim ini bermula dengan cemerlang buat Barcelona dan Messi yang menewaskan Villareal 4-0 dalam perlawanan pembukaan La Liga.

“Kita semua harus bersatu,” tambah Messi dalam tembual bersama Sport.

“Satu-satunya cara kita akan mencapai objektif ialah dengan kebersamaan dan melangkah secara bersama.”

Messi sudah pun bersama Barcelona sejak 20 tahun, dan menjaringkan gol ke-635 melalui sepakan penalti ketika menentang Villareal.

Pengurus baharu Barca, Ronald Koeman sentiasa menekankan mahu membina pasukan Barcelona yang baru bertunjangkan kaptennya itu.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.